{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Ikrar Wahid

Posted: 05 Jun 2013 04:45 PM PDT

Guna pengalaman korporat martabatkan Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berikrar untuk mempertingkat dan memartabatkan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bagi memacu ekonomi negara dengan lebih cergas dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.

Tokoh korporat yang dibawa masuk ke dalam Kabinet baru Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) itu berkata, segala pengalamannya ketika berkhidmat dengan institusi kewangan akan digunakan sebaik mungkin dalam mentadbir EPU selain sedia menerima pandangan serta cadangan rakyat pelbagai lapisan.

"Kalau rakyat ada sebarang idea bagi meningkatkan kebolehan di EPU, kami akan ambil kira pandangan mereka.

"Tugas pertama ialah memastikan saya memahami sepenuhnya kehendak bidang tugas saya itu dan akan membantu untuk mempertingkat EPU sedaya upaya serta merangka perancangan jangka masa panjang serta sederhana," katanya ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah selaku Ahli Dewan Negara di sini, semalam.

Selain Abdul Wahid, turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara ialah Pengerusi HINDRAF, P Waytha Moorthy yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Abdul Wahid adalah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mengetuai portfolio EPU yang sebelum ini disandang Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Rekod pencapaian cemerlang Abdul Wahid dalam pengurusan korporat dan kewangan bermula dengan sektor perbankan pada 1988 apabila menyertai Bumiputra Merchant Bankers di Jabatan Perbankan Korporat selain pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia Berhad pada 2004.
Bagi Waytha pula, beliau menghargai kepercayaan diberikan Datuk Seri Najib Razak dan peluang itu akan digunakan bagi meningkatkan kebajikan masyarakat India.

"Kami sudah lama berjuang untuk memastikan suara kami didengari, jadi ini ialah permulaan baru bagi kaum India," katanya.

Sementara itu, Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang menasihati Ahli Dewan Negara supaya lebih berhemah, bertanggungjawab dan menjunjung tinggi Perlembagaan negara.

Beliau juga turut menasihati Ahli Dewan Negara supaya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, menghormati hak bersuara sebaik mungkin dan tidak sesekali membangkitkan perkara sensitif seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Tiga anggota polis dituduh bunuh tahanan

Posted: 05 Jun 2013 04:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang tahanan dalam lokap, N Dharmendran, 21 Mei lalu.

Sarjan Jaffri Jaafar, 44; Koperal Nahar Abdul Rahman, 45; dan Koperal Mohd Haswasdi Zamri Shaari, 32, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas membunuh Dharmendran, 32.

Tiada pengakuan

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nur Al-Minatul Mardiah Md Nor.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, antara jam 12.20 tengah hari hingga 2.50 petang, 21 Mei lalu.

Jaffri, Mohd Nahar dan Mohd Haswadi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, S Nithia memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan kimia dan hasil bedah siasat.
Peguam Datuk Hazman Ahmad yang mengetuai barisan pembelaan meminta tarikh sebutan ditetapkan dalam jangka masa singkat dengan alasan, kerana ia membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Julai depan untuk sebutan kes.

Dalam prosiding itu, Peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Geethan Ram Vincent turut mewakili barisan pembelaan, manakala N Surendren, Latheefa Koya dan M Manoharan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga mangsa.

Prosiding mahkamah yang bermula jam 3.30 petang penuh sesak dengan kehadiran keluarga mangsa di samping wakil media membuat liputan.

Di luar mahkamah pula, isteri Dharmendran, Marry Mariya Susay, 26, ketika ditemui, berkata beliau berpuas hati kerana semua tertuduh berjaya dihadapkan ke mahkamah.

Pada 21 Mei lalu, Dharmendran, dilaporkan mati di dalam lokap D9 ketika ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh membabitkan senjata api.

Mangsa kemudian ditahan reman di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur sejak 12 Mei lalu.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian Dharmendran adalah disebabkan kecederaan akibat hentakan oleh objek tumpul.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat