{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


KBS pantau jerebu!

Posted: 23 Jun 2013 12:57 PM PDT

Belum cadang batal acara sukan taraf antarabangsa minggu ini

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum bercadang membatalkan penganjuran beberapa acara sukan penting, termasuk bertaraf antarabangsa, kerana masih memantau situasi jerebu yang mungkin bertambah baik.

Acara itu termasuk Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia, Kejohanan Hoki Liga Dunia 3 dan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16.
Sekiranya tidak terdapat perubahan positif dalam masa terdekat, KBS akan mencadangkan agar kejohanan berbasikal, kejohanan hoki dan acara SUKMA yang membabitkan pertandingan luar dewan ditangguh.

"Kejohanan Berbasikal akan berlangsung pada 26 hingga 30 Jun ini manakala Kejohanan Hoki akan berlangsung pada 29 Jun hingga 7 Julai depan sementara SUKMA akan berlangsung 28 Jun hingga 7 Julai depan," menurut KBS dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kenyataan itu menyebut Institut Sukan Negara akan memantau pola atau trend tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam masa tiga hari akan datang, dan jika ia tidak menunjukkan perkembangan positif atau meningkat melebihi tahap bahaya, badan berkenaan akan menasihati KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung tindakan selanjutnya.

Semalam, kerajaan mengarahkan semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup, hari ini selepas keadaan jerebu semakin buruk. Sehingga jam 5 petang semalam kawasan Lembah Klang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat antara 130 dan 200.

Sekiranya tidak terdapat perubahan positif dalam masa terdekat, KBS akan mencadangkan agar kejohanan berbasikal, kejohanan hoki dan acara SUKMA yang membabitkan pertandingan luar dewan ditangguh.
"Adalah diharap agar tahap IPU akan menunjukkan trend menurun dalam masa tiga hari yang akan datang agar keadaan cukup selamat dan sihat untuk atlet berprestasi tinggi serta orang awam menjalankan aktiviti sukan dan rekreasi," katanya.

Acara luar SUKMA mungkin ditunda

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong tidak menolak kemungkinan acara sukan yang diadakan di luar stadium pada SUKMA bakal ditunda jika jerebu yang melanda bandar raya ini semakin buruk menjelang majlis pembukaan, Jumaat ini.

Beliau berkata, buat masa sekarang SUKMA akan diadakan seperti biasa sehingga MSN mendapat laporan penuh daripada ISN (Institut Sukan Negara) dan Kementerian Kesihatan berhubung perkembangan jerebu sehari atau dua hari sebelum majlis pembukaan.

"Jika ditunda sekalipun, ia mungkin membabitkan acara luar tetapi acara yang berlangsung di dalam dewan atau stadium, tiada masalah untuk kita teruskan.

Buat persiapan

"Kita sebenarnya tidak mempunyai banyak masa untuk menunda kerana selepas itu sudah memasuki bulan puasa selain atlet semua sudah membuat persiapan," katanya ketika dihubungi semalam.

ISN sebelum ini menasihatkan penganjur acara sukan supaya memikirkan pelan alternatif dengan menunda tarikh acara, menukar laluan atau memindahkan gelanggang ke negeri lain yang mempunyai kualiti udara yang lebih baik.

Atlet dan jurulatih diminta untuk mengelakkan daripada mengadakan latihan berintensiti tinggi terutama pada waktu tengah hari atau petang apabila tahap pencemaran adalah paling tinggi.

Perkara itu adalah antara beberapa panduan yang digariskan oleh ISN untuk atlet dan jurulatih terutama mereka yang akan menyertai SUKMA di Lembah Klang dari Jumaat ini hingga 7 Julai ini.

Zolkples turut menasihatkan MSN di setiap negeri mengambil serius arahan yang dikeluarkan ISN berhubung kesihatan atlet yang sudah pasti kini sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi temasya edisi ke-16 itu.

"Kita perlu pandang serius masalah ini dan setiap kontinjen perlu mengikut garis panduan yang sudah dikeluarkan ISN dalam menjaga kesihatan atlet masing-masing.

"Saya tidak mahu ada atlet yang mendapat kesan negatif atau mengalami masalah kesihatan berikutan jerebu ini. Kesian kepada atlet kerana mereka menjalani latihan sudah lama," katanya.

KAFA tak kecil hati tiada insentif tangkap penyokong

Posted: 23 Jun 2013 12:47 PM PDT

Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak berkecil hati dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang membatalkan pemberian insentif RM1,000 kepada penyokong yang berjaya menangkap individu cuba menimbulkan kekecohan pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Idea bernas yang sudah terbukti berkesan ketika aksi di Stadium Sultan Muhammad IV itu diusulkan KAFA pada mesyuarat pengelola perlawanan akhir sebelum ini dan mendapat persetujuan daripada FAM dan Johor Darul Takzim (DT).

Pemberian insentif itu pada mulanya diluluskan, tetapi ditarik balik Jumaat lalu oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini membabitkan penyokong The Red Warriors dan Harimau Selatan.

Kami tiada masalah

"Memang ia sudah dipersetujui tetapi kalau FAM mempunyai sebab tersendiri, kami hanya terima keputusan itu. Kita tidak ada masalah dalam soal ini dan terpulang kepada FAM untuk melaksanakannya atau tidak.

"Mungkin ada sebab tertentu FAM mengambil keputusan itu dan saya harap tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini ketika perlawanan itu nanti," kata Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim (gambar), semalam.

Azman berkata, keputusan FAM untuk memilih 200 marshal yang terdiri daripada 100 penyokong dari Kelantan dan Johor DT sudah memadai untuk memastikan perlawanan berlangsung dengan lancar.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat