Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 05 Jun 2013 03:52 PM PDT Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sukar membayangkan perubahan positif dalam landskap bolasepak negara ini. "Mungkin 20 tahun daripada sekarangpun, kita akan hadapi kemelut sama. Kita lebih gemar mengundang pasukan luar seperti Chelsea untuk beraksi di sini tapi mengabaikan pembangunan bakat baru di kalangan belia dan hal-hal kritikal berkaitan bolasepak negara," menurutnya dalam satu kenyataan semalam.
Tunku Ismail berkata, beliau pernah menyuarakan mutu pengadil yang menyebabkan dirinya didenda dan digantung dengan ramai turut menerima nasib sama.
PENYOKONG Johor DT sentiasa beri sokongan kepada Tunku Ismail. "FAM hendaklah tidak mengambil kesempatan untuk mengenakan denda kepada PBNJ bagi kenyataan ini, kerana saya mengeluarkannya sebagai Tunku Mahkota Johor dan bukannya selaku presiden PBNJ yang digantung.
"Ada yang menasihati saya supaya bertanding untuk jawatan dalam FAM tapi saya ingin menegaskan, saya tidak berminat terhadap sebarang jawatan dalam FAM. "Saya akan mengutamakan Johor dan kerana itu saya tidak layak memegang sebarang jawatan dalam FAM. Saya melakukan semua ini hanya kerana cinta terhadap sukan bolasepak," katanya yang turut mahu pemegang jawatan FAM telus dan adil.
|
Posted: 05 Jun 2013 10:58 AM PDT Jakarta: Wartawan Indonesia, Stefanus Teguh Edi Pramono memenangi Hadiah Kate Webb anjuran Agence France-Presse (AFP) untuk laporannya mengenai perang saudara di Syria dan perniagaan dadah di Jakarta, umum Yayasan AFP semalam. Stefanus, 31, menulis untuk Tempo, kumpulan media dihormati yang melonjak masyhur dengan laporannya yang berani ketika pemerintahan diktator Indonesia Suharto yang melebihi tiga dekad. "Saya bukan orang yang berani, saya sentiasa ketakutan ketika berada di Syria dan di Jakarta Barat (untuk cerita dadah), tetapi ia sesuatu yang perlu saya lakukan," katanya dari Jakarta.
Hadiah itu mengiktiraf kerja luar biasa dihasilkan wartawan tempatan Asia yang bertugas dalam keadaan amat sukar dan berbahaya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |