Harian Metro: Hati
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Hati |
Posted: 19 Jun 2013 06:27 AM PDT "Kulit Melayu mahu digelapkan lagi? Sudah cukup gelap, jadi kenapa perlu solekan perang?" Bertalu-talu soalan dihamburkan kala cuba mendapatkan model untuk sesi solekan MAC bagi himpunan musim panas tahun ini. Benar, majoriti wanita Malaysia sukar mengaplikasikan warnanya yang disifatkan terlalu eksotik dan gelap kerana ramai terarah kepada solekan lembut. Namun, koleksi Temperature Rising yang dipersembahkan MAC kali ini nyata menyerlahkan definisi berbeza dalam solekan perang' atau keemasan. Menurut Jurusolek Acara Khas MAC Cosmetics Malaysia, Shahrum Mohd Nor, riasan keemasan ini sebenarnya mampu menyerlahkan sisi feminin seseorang wanita andai bijak memilih dan mengadun warna yang hampir dengan ton kulit. WAJAH model yang kusam sebelum disolek. OLESKAN gincu warna semula jadi Altered Beige dan disudahi pengilat bibir Liquid Passion. SOLEKAN keemasan yang memberikan impak wajah sihat berseri. MULAKAN dengan mengadun bedak asas dan penyamar cela. LAYANGKAN bedak keemasan rona Soft Sand pada dahi, hidung dan rahang. SAPUKAN pembayang ton merah jambu lembut Hot Nights pada tulang pipi. GUNAKAN pensel Powerchrome rona Polished Jet untuk menggariskan mata. Adunkan dengan berus 286 untuk hasil lembut. GABUNGKAN dengan warna pada kit palet Temperature Rising, mulakan dengan rona cerah di tulang kening disusuli warna lebih gelap di kelopak mata. DENGAN berus tirus, oleskan rona paling gelap dalam kit palet terbabit pada garisan bawah mata. SAPUKAN maskara False Lashes Extreme Black pada bulu mata atas dan bawah. RAPIKAN kening dengan pensel dan Browset rona Girl Boy.
Biarpun solekan keemasan tertumpu pada pipi untuk kesan wajah sihat, Shahrum menegaskan zon mata perlu dititikberatkan kerana ia turut membantu mengimbangi keseluruhan solekan. "Mata menjadi titik fokus apabila mahukan wajah dirias cantik. Sama ada riasan tebal dengan pembayang mata atau sekadar melorek nipis menggunakan pensel, solekan mata mampu serlahkan wajah berdimensi lalu menjadikannya lebih seimbang. "Tapi apabila mata disolek dengan pilihan warna berat, elakkan penggunaan gincu atau warna bibir yang terang. Sebaiknya pilih rona semula jadi atau pastel seperti merah jambu lembut," ujarnya. Koleksi Temperature Rising menawarkan riasan mata sederhana dan smoky, bergantung kepada personaliti atau pilihan masing-masing. Palet empat warna Bare My Soul menonjolkan kesan keemasan hangat daripada rona hijau tentera, perang gelap dan gangsa manakala palet Temperature Rising menampilkan kemasan dingin dengan kompilasi warna ungu gelap, pic pastel dan kelabu. Tambah Shahrum, penggunaan bedak asas yang berasaskan air serta tidak berminyak amat penting kerana ia membantu memastikan solekan tahan sepanjang hari. Tidak ketinggalan MAC menambah losen Strobe dalam bentuk cecair dalam koleksi ini. Losen ini asasnya membantu meningkatkan seri pada wajah, sekali gus mengurangkan kesan cela. Khusus untuk musim panas, Strobe hadir dengan pigmen kemilau menarik yang boleh disapu sedikit pada panel atas seperti dahi dan batang hidung, selain tepi rahang untuk hasil wajah sihat semula jadi. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19 |
Posted: 19 Jun 2013 06:13 AM PDT Terang dan jelas sekali setiap bait puisi itu kala Wan Salwati Abdullah cuba menggugah semangat khalayak belia menerusi karangan bapanya ketika sambutan Festival Belia Putrajaya, baru-baru ini. Seakan-akan meluahkan rasa hatinya, wanita kental ini nyata tidak mahu sekadar menjadi pelaung semangat tapi selaku pendukung harapan sang belia negara kala diperlukan.
Pada lewat usia 30-an, hampir tiada apa yang dapat mengekang langkah ibu kepada lima cahaya mata ini dalam membantu meningkatkan lagi taraf hidup golongan belia malah makin bertenaga meneruskan usaha sedia ada. Melihatkan pencapaiannya selaku Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan merangkap Naib Presiden Majlis Belia Malaysia ini, sama sekali tidak terlintas di fikiran penulis wanita ceria ini pernah berdepan saat getir dalam hidupnya.
"Saya sudah alami keperitan dalam hidup dan kini dengan apa yang ada pada saya akan digunakan sebaiknya untuk membantu yang lain," katanya yang lebih senang disapa dengan panggilan Wan. Tambah penerima Anugerah Tokoh Belia Wanita Negeri Sembilan ini, setiap yang berlaku ada rahmatnya dan setiap pengalaman yang dilaluinya bersama keluarga merapatkan lagi hubungan mereka. Sememangnya sejak kecil Wan didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan oleh bapa dan ibunya. "Bapa dan arwah ibu saya seorang aktivis yang terbabit dengan kerja sukarelawan, begitu juga arwah datuk. Mereka pasti membawa saya ke mana pun mereka pergi. "Saya lihat apa yang mereka lakukan banyak memberi impak positif kepada masyarakat dan dari situ timbul minat untuk turut aktif. "Saya sentiasa berpegang kepada pesanan bapa bahawa kadangkala rezeki yang kita ada hari ini sebenarnya bukan 100 peratus kepunyaan kita, jadi kita perlu berkongsi sedaya mungkin. "Benar, apabila kita saling membantu, ia kepuasan yang tidak dapat dinyatakan dengan kata-kata," ujarnya. Usai memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Wan banyak terbabit dalam kegiatan golongan muda sekitar Seremban, Negeri Sembilan. "Saya mula bekerja di bidang pengkeranian di Kesatuan Pekerja-Pekerja Negeri Sembilan sebelum menyertai Biro Tatanegara (BTN). Dari situ saya mula belajar dan memahami apa itu politik hinggalah mencetuskan minat untuk mendalaminya. "Tapi minat ketika itu sekadar ingin memenuhi sifat ingin tahu dan tidaklah sampai mahu serius dalam bidang itu," katanya. Wan meneruskan aktivitinya di BTN, di samping menjadi guru sandaran di Perak. Pada masa sama, Wan sempat mengikuti beberapa kursus kepemimpinan yang dianjurkan sekitar Negeri Sembilan. Nyata jiwa belianya mendorong Wan melanjutkan pengajian diploma dalam jurusan belia dan pembangunan iaitu satu-satunya program inisiatif berkembar antara Universiti Putra Malaysia dan Kesatuan Komanwel. "Saya cuma berpeluang untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma selepas berkahwin atas dorongan suami yang juga melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana. "Bagi saya, untuk memimpin dan membimbing generasi muda ini, kita perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan bukan semata-mata bergantung kepada pengalaman. "Saya bersyukur kerana berpeluang melakukan apa yang saya inginkan dan saya kini mahu berkongsi pengalaman dan ilmu dengan generasi muda. "Saya mahu tekankan kepada belia apa jua kesukaran yang mereka hadapi pasti lambat-laun membuahkan hasil lumayan jika berusaha keras memperbaikinya. "Saya harap dengan apa yang saya dan pasukan lakukan ini dapat membantu meningkatkan lagi golongan belia cemerlang yang kelak memimpin negara," katanya. PUISI: Belia belia belia
- Dikau Harapan Bangsa, Abdullah Awang Embun Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |