Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 290 murid sertai kem UPSR anjuran Petronas
- KPTM Bangi juara Sukan Kolej Poly-Tech Mara 2013
- Kakitangan USM sertai program kemasyarakatan
290 murid sertai kem UPSR anjuran Petronas Posted: 290 murid sertai kem UPSR anjuran Petronas
PERSIAPAN. Seramai 290 pelajar tahun enam menyertai kem motivasi tahunan anjuran syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di Kajang, Selangor sebagai persedian untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. Kem pembelajaran yang dijalankan secara intensif selama tiga hari itu bertujuan membekalkan para pelajar terbabit dengan tip-tip menjawab soalan peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik serta persediaan mental untuk menghadapi peperiksaan. Mereka turut didedahkan dengan aktiviti pembelajaran berkonsep santai dan ceria yang dikendalikan oleh sukarelawan daripada kakitangan Petronas. Turut hadir Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Mohd. Haniff Hassan. | |
KPTM Bangi juara Sukan Kolej Poly-Tech Mara 2013 Posted: KPTM Bangi juara Sukan Kolej Poly-Tech Mara 2013SOHAIMI (belakang, tengah) bergambar bersama kontinjen KPTM Kampus Bangi yang menjuarai kejohanan Suptem 2013 di Kota Bharu baru-baru ini. JUARA. Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) kampus Bangi dinobatkan juara keseluruhan kejohanan dwitahunan Sukan Kolej Poly-Tech Mara (Suptem) 2013 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. KPTM Kampus Bangi mengetepikan cabaran tujuh kampus KPTM cawangan lain dari seluruh negara dengan menggondol tujuh pingat emas dan tiga gangsa. Naib juara milik KPTM Kuala Lumpur yang meraih lima emas, sembilan perak dan enam gangsa diikuti tuan rumah, KPTM Kota Bharu (empat emas, lima perak dan dua gangsa). Seramai 600 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan seperti bola sepak, sepak takraw, bola jaring dan bola tampar. Majlis penutup kejohanan disempurnakan Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan. | |
Kakitangan USM sertai program kemasyarakatan Posted: Kakitangan USM sertai program kemasyarakatanZAINAL ARIFIN (kiri) menyampaikan sumbangan komputer kepada wakil pihak pengurusan Masjid Jamiul Rahman di Pendang baru-baru ini. KERJASAMA. Seramai 30 kakitangan Pusat Islam Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM Bertam mengadakan Program Libat Sama Komuniti 2013 di Pendang, Kedah baru-baru ini. Program yang bertujuan mendekatkan kakitangan USM dengan penduduk tempatan itu diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamiul Rahman, Kariah Paya Kelubi/Tempoyak. Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Zainal Arifin Mohd. Ishak berkata, program seperti itu penting dalam usaha menjalin hubungan mesra antara penduduk dengan peserta program. Zainal Arifin turut menyerahkan 10 unit komputer sumbangan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia kepada pengurusan masjid berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |