Harian Metro: Rap
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Rap |
Posted: 04 Jun 2013 02:30 PM PDT Meskipun dia seorang yang terbuka memperkatakan soal peribadi, saat mendengar nama bekas teman wanitanya disebut, pelakon kacak Sharnaaz Basir Ahmad, 28, mula memberikan reaksi kurang selesa. "Sudahlah, jangan lagi kita bercakap mengenai itu. Saya sudah penat hendak fikir benda yang lepas kerana tumpuan utama saya sekarang adalah pada kerjaya lakonan saya. Saya lega kerana dalam apa juga kontroversi yang timbul, alhamdulillah semakin banyak pula tawaran filem dan drama datang kepada saya. Mereka (penggiat seni) nampaknya lebih melihat kesungguhan saya melakukan tugas. "Tambahan pula, berlakon memang punca rezeki dan periuk nasi saya, jadi wajarlah hal tugas harus saya utamakan dulu. Mengenai dia (Shila Amzah), saya tidak pernah menganggap dia sebagai musuh saya. Bukan juga berdendam malah saya sentiasa mendoakan kejayaan dia (Shila)," kata Sharnaaz. Hakikatnya, Sharnaaz sangat mengharapkan agar sejarah silam antara dirinya dan Shila tidak lagi diungkit mulai sekarang kerana enggan mengeruhkan semula keadaan. Kebetulan masing-masing juga berjaya melepasi fasa genting buat mereka berdua dan fikirannya kini kembali tenang.
"Menjawab gosip saya dengan Elfeaza, jawapannya adalah... tidak benar. Kami tidak bercinta pun," tegas Sharnaaz sewaktu ditemui pada majlis pelancaran filem Sindiket arahan Bade Haji Azmi di Restoran Rebung, Bangsar, baru-baru ini. Namun apa yang mengejutkannya, dalam pada mengehadkan penggunaan laman sosial, timbul pula cerita kononnya Sharnaaz baru-baru ini menggunakan bahasa kesat di Twitter. "Kalau kata-kata cacian itu keluar daripada 'username' Sharnaaz Ahmad itu bermakna ia dari akaun saya sendiri. Jika daripada nama-nama lain, ia sama sekali tidak ada kaitan dengan saya. "Selepas apa yang berlaku, apapun kontroversi, tuduhan dan tohmahan, saya tidak akan membuat kenyataan balas di Twitter mahupun mana-mana laman sosial. "Saya sudah malas dan serik. Sekarang, sesiapa saja memfitnah saya, akan saya panjangkan hal ini di mahkamah. Mereka yang membuat tuduhan melulu dengan niat mencemarkan maruah saya, nantikan saya surat daripada pihak peguam. Ini adalah jalan penyelesaian yang terbaik," katanya. Tak sabar bekerja dengan Bade Azmi Melanjutkan terus perbualan berhubung pembikinan filem aksi itu yang akan memulakan penggambarannya pada 6 Jun ini di Sabah dan Kalimantan, Sharnaaz akan membawakan watak Inspektor Rudy yang ditugaskan untuk menumpaskan sindiket perdagangan manusia yang dijalankan Geng Galang. Sebelum ini Sharnaaz membintangi filem Juvana yang menampilkannya sebagai Lan Todak. Watak itu cukup memberi impak kepada penonton sehinggakan kes buli yang membabitkan pelajar di sebuah sekolah di Pulau Pinang menggunakan nama wataknya itu. Bagaimana pula harapannya terhadap watak Inspektor Rudy? Sharnaaz berkata, sebagai pelakon, semestinya dia mahu menjadi bintang serba boleh dan mengharapkan lakonannya meninggalkan kesan. "Karektor Lan Todak sebenarnya diwujudkan bagi menimbulkan rasa penyesalan dalam kalangan penonton. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menghalang persepsi orang terhadap sesuatu karektor itu. "Apa yang boleh saya katakan untuk watak Inspektor Rudy ini, saya harap kalau tidak dapat dijadikan contoh sekalipun, cukup sekadar penonton melihat saya seorang pelakon yang mampu memegang pelbagai watak. "Terus-terang, saya sudah tidak sabar untuk masuk ke set penggambaran filem Sindiket kerana untuk filem ini, saya tidak memikirkan sangat soal bayaran, sebaliknya ingin merebut peluang bekerja di bawah arahan Bade Haji Azmi. "Saya mahu bekerja dengan pengarah-pengarah filem yang hebat seperti Bade. Mulanya, saya tidak kisah sekalipun diberi watak kecil, namun syukur alhamdulillah, Bade memberikan kepercayaan kepada saya membawakan watak utama. "Difahamkan ada banyak babak aksi dalam filem ini dan saya berharap Bade akan membenarkan saya untuk melakukan sendiri adegan 'stunt'," katanya dengan teruja. Membabitkan barisan pelakon berpengalaman serta berpontensi besar, Sindiket turut dilakonkan Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Tony Eusoff, Rashidi Ishak dan Soo Wincci. Filem yang menelan bajet kira-kira RM3 juta itu turut menyaksikan pembabitan pelakon dari negara Indonesia. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |