Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 04 Jun 2013 10:49 AM PDT Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar enggan berjumpa Majlis Exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi membincangkan prestasi buruk badminton selain gagal melahirkan pelapis pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei. "Biarlah, saya mahu tunggu BAM selesaikan pemilihan kepimpinan baru. Lebih baik saya jumpa pemimpin baru daripada bertemu Nadzmi (Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh), lagipun Nadzmi menyatakan tidak mahu bertanding," kata Khairy.
Sementara itu, beliau menganggap Chong Wei sebagai contoh atlet terbaik yang memandang serius aspek sains sukan.
KHAIRY (dua dari kiri) mencuba 'wattbike' ketika melakukan lawatan kerja rasmi di ISN Bukit Jalil. "Bagi saya kesedaran jurulatih terhadap sains sukan lebih kritikal berbanding atlet. Mereka perlu percaya kepada pendekatan sains sukan kerana sukan moden banyak bergantung kepada kemajuan aplikasi sains sukan.
"Setakat ini saya diberitahu jurulatih dan atlet gemar menonton ulang tayang video saja. Persiapan pemakanan dan semua perkara disebut tadi amat penting sebelum kejohanan." Justeru beliau memberi jaminan akan memberi sokongan padu kepada ISN.
|
Posted: 04 Jun 2013 10:38 AM PDT Rochester: Pemain nombor dua dunia, Rory McIlroy (gambar) akan berkunjung ke Merion untuk menjalani dua sesi latihan minggu ini sebagai persediaan menghadapi Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas berbincang dengan jurulatih, Dave Stockton yang cuba membantu meningkatkan prestasi permainannya sebelum kejohanan sebenar bermula minggu depan. Pemain berusia 24 tahun dari Ireland Utara yang merangkul gelaran utama pertama di Terbuka AS pada 2011, berada di Oak Hill, Isnin lalu berkata, dia akan mempertahankan kemenangan dirangkul di kejohanan PGA ke-95 Ogos ini.
McIlroy beraksi pada sesi latihan semalam dan hari ini di Merion bagi mencari rentak terbaik yang menyaksikan dia menguasai empat daripada 10 pertandingan PGA termasuk saingan kedua di Terbuka Texas namun hanya berkongsi kedudukan ke-25 di Masters dan menduduki tempat ke-57 di Memorial minggu lalu.
"Saya harap sejarah di Terbuka AS berterusan." - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/05 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |