Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 04 Jun 2013 05:04 PM PDT Panggil 6 pemain jemputan pada aksi menentang Harimau Malaya, esok Kuala Lumpur: Pendahulu Liga Perdana ACT, Canberra FC bakal menampilkan enam pemain jemputan bagi memantapkan pasukan menjelang aksi persahabatan antarabangsa bertemu skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal di Stadium Deakin, Canberra, esok. Setiausaha Canberra FC, Rad Trpkovski berkata, perlawanan berkenaan adalah peluang buat pemain terbaik dalam saingan liga bertaraf divisyen dua Australia itu menguji kehebatan mereka berdepan lawan antarabangsa berstatus skuad kebangsaan. "Kami sudah pun mengenalpasti pemain berkenaan. Ini semua memberi peluang terbaik bukan saja buat pemain Canberra FC, malah pemain dari kelab lain untuk membawa sebuah pasukan antarabangsa ke Canberra dan mempromosikan perlawanan ini," kata Trpkovski dipetik dari laman web rasmi akhbar The Canberra Times. Namun tidak dapat dipastikan adakah Canberra FC yang membelasah Tuggeranong United 7-0, Ahad lalu bakal menurunkan pemain utama bertemu Harimau Malaya, esok kerana mereka mempunyai perlawanan liga bertemu Woden Valley, dua hari kemudian. Bagaimanapun, perlawanan yang bakal bermula jam 7.15 malam esok (5.15 petang waktu Malaysia) di stadium berkapasiti 1,500 tempat duduk itu tetap mengenakan tiket berharga AUD$15 (RM45) untuk dewasa, AUD$10 (RM30) untuk pelajar dan warga emas, manakala percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Rajagobal dan barisan 26 pemain Harimau Malaya tiba di Canberra, pagi semalam. Selepas pertemuan dengan Canberra FC, mereka akan ke Sydney untuk baki dua aksi persahabatan bertemu kelab Liga Perdana NSW, Sydney Olympic (11 Jun) dan Sydney United (13 Jun) sebelum kembali ke tanah air, 15 Jun. |
Zolkples sokong kelantangan Khairy Posted: 04 Jun 2013 04:57 PM PDT Kuala Lumpur: Kelantangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam melontarkan kritikan tidak seharusnya dipandang serong sebaliknya wajar diterima secara positif oleh semua persatuan sukan bagi membaiki pencapaian atlet mereka. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, berkata sesiapa saja boleh memberi komen selagi komen itu berbentuk positif dengan bukan berniat menghentam atau sebagainya.
Bukan pandangan peribadi "Saya selalu katakan, kita harus menilai komen daripada pemimpin sukan seperti ini (Khairy) tentunya sebagai satu komen positif yang mahu melihat perubahan sukan itu ke arah lebih baik. "Sesiapa saja boleh memberi komen selagi komen itu berbentuk positif dengan bukan berniat menghentam atau sebagainya, kita harus terimanya... kalau ia menunjukkan kelemahan kita, kita harus terima dan perlu lakukan sesuatu ke arah kebaikan.
Beliau berkata, kritikan Khairy itu bukan pandangan peribadi tetapi lebih kepada maklum balas yang diterima daripada orang ramai. Khairy baru-baru ini mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) bagi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, selepas PBNP gagal menangani aspek keselamatan ketika aksi yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur sehingga mengundang rasa kecewa Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah. Annuar turut sokong Selain itu, beliau juga mempersoal keputusan FAM memperuntukkan 60,000 tiket kepada Pahang dan 20,000 kepada Johor pada perlawanan tertunda di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu yang menyaksikan JDT mara ke pentas final dengan agregat 2-2, berbekalkan kelebihan jaringan gol di tempat lawan. Kritikan Menteri Belia dan Sukan itu disambut pelbagai pihak termasuk Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan tindakan Khairy itu sebagai denyut nadi penyokong bola sepak negara. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |