Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Mati sesak nafas di Everest Base Camp
- 50 kubur lama berusia 100 tahun dipindah
- Institusi raja lambang perpaduan, penyatuan
Mati sesak nafas di Everest Base Camp Posted: Mati sesak nafas di Everest Base CampOleh NOR IDAYU BOSRO
KUALA LUMPUR – Hajat seorang pendaki muda negara untuk menawan puncak Gunung Everest tidak kesampaian apabila dia mengalami sesak nafas yang teruk akibat diserang penyakit akut ketinggian (AMS) sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 7.15 malam kelmarin. Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj), Zaharah Selamat berkata, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, dipercayai terlampau letih selepas pendakian menjadi semakin sukar akibat tekanan udara dan paras oksigen yang semakin rendah. Katanya, mangsa yang merupakan Penolong Jurutera di Perbadanan Putrajaya (PPj) masih sihat dan cergas ketika memulakan pendakian pada hari pertama dari Monjo ke Namche Bazaar. "Apabila pendakian semakin tinggi dengan tahap kesejukan melampau, dia mengalami keletihan sehingga menyebabkan tubuhnya menjadi lemah dan sukar bergerak. "Dia seterusnya mengalami kesukaran bernafas yang saya percaya menjadi punca mangsa meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
50 kubur lama berusia 100 tahun dipindah Posted: 50 kubur lama berusia 100 tahun dipindahOleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN DUA penggali kubur membawa bungkusan kain kapan berisi tanah selepas kerja-kerja menggali kubur lama di Tanah Perkuburan Bukit Kechik, Kampung Bertam. MELAKA – Sebanyak 50 kubur lama yang berusia lebih 100 tahun di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kechik, Kampung Bertam, Pulau Gadong dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Bertam, Malim di sini semalam. Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Mohd. Yusof Abu Bakar berkata, tindakan memindahkan kubur lama itu dilakukan bagi memberi ruang kepada sebuah syarikat swasta untuk membangunkan projek perumahan di kawasan seluas 0.8 hektar termasuk tapak perkuburan lama tersebut. "Kita telah melakukan kerja-kerja pemindahan itu sejak semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) kerja-kerja pemindahan tersebut siap. "Kesemua perkuburan lama itu dipindahkan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Bertam, Malim," katanya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Institusi raja lambang perpaduan, penyatuan Posted: Institusi raja lambang perpaduan, penyatuanRAJA NAZRIN menyampaikan titah utama pada Seminar Institusi Raja di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, institusi raja adalah lambang perpaduan dan simbol kepada penyatuan rakyat negara ini. Titah baginda, pemerintahan beraja secara semula jadi mencerminkan amalan kesejahteraan dan raja adalah simbol kedaulatan tanah air, selain berperanan sebagai benteng pelindung agama Islam. "Raja turut berperanan memberi naungan kepada rakyat daripada semua kumpulan etnik yang menganuti pelbagai agama. "Naungan saksama raja itu wajib dilimpahkan kepada semua warga yang telah menerima identiti Perlembagaan dan bermastautin secara selesa di bumi (negara) ini," titah baginda. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |