{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Tujuh fokus utama MBJB diteruskan

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 5 Jun - Perancangan Strategik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi tahun 2011 hingga 2015 yang menggariskan tujuh fokus utama akan diteruskan secara sistematik sehingga mencapai setiap sasarannya.

Datuk Bandar Johor Bahru, Ismail Karim (gambar) berkata, sehingga kini pencapaian perancangan strategi tersebut sudah berada pada tahap 60 peratus pelaksanaan.

Beliau berkata, tujuh fokus utama yang telah dirancang dan akan diteruskan adalah tadbir urus yang efisien dan efektif, pengurusan kewangan yang kukuh, pembangunan holistik dan mapan, pengantarabangsaan Johor Bahru, penggunaan teknologi yang menyeluruh, penyelenggaraan yang berkesan serta peningkatan kesejahteraan hidup.

"Saya akan memastikan perancangan strategik yang berbaki dua tahun ini akan dapat dicapai sepenuhnya bagi merealisasikan visi MBJB iaitu Johor Bahru bandar raya bertaraf antarabangsa 2020.

"Pelaksanaan secara sistematik dan terancang akan menjadi landasan menuju pencapaian visi yang telah ditetapkan," katanya ketika berucap dalam majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Datuk Bandar MBJB kelapan di sini semalam.

Perlantikan Ismail dan 16 ahli majlis yang lain disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Latiff Bandi.

Ismail yang dilantik menjadi Datuk Bandar baharu menggantikan Burhan Amin berkata, pihaknya akan memberi penekanan dan tumpuan terhadap beberapa aspek akan dilaksanakan antaranya meliputi pembangunan modal insan bagi merealisasikan perancangan strategik tersebut.

"Malah, ia juga akan melibatkan penyediaan pelan pembangunan kompetensi, mempertingkatkan aplikasi teknologi maklumat, mempertingkatkan kempen kesedaran secara berterusan, meneruskan program local agenda 21 dengan agenda dan alternatif yang lebih berkesan serta mengamalkan sistem penyelenggaraan yang cekap dan berkesan," katanya.

Ketika ditanya mengenai lapan kekosongan ahli majlis yang sepatutnya diisi oleh wakil parti MCA, Ismail berkata, perkara tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri sama ada untuk melantik wakil badan bukan kerajaan ataupun wakil jawatankuasa penduduk.

Katanya, biarpun ketika ini tiada wakil masyarakat Cina sebagai ahli majlis, ia tidak akan menghalang usaha MBJB memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka yang berada di bawah kawasan tadbirnya.

Komtar JBCC bakal wujud lebih banyak peluang niaga

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU 5 Jun. - Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) akan mempunyai imej baharu dengan penjenamaan semula pembangunan kepada Komtar Johor Bahru City Centre (JBCC) menjelang tahun depan.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penjenamaan semula pembangunan itu akan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan bumiputera dan usaha ini perlu dijadikan agenda berterusan Johor Corporation (JCorp).

Beliau yang juga Pengerusi Jcorp turut mencadangkan tiga inisiatif yang dilihat boleh diusahakan oleh syarikat milik kerajaan negeri itu bagi membantu usahawan bumiputera seperti merangka pelan pemasaran, mewujudkan bidang perniagaan strategik serta mengadakan program kejurulatihan antara anak-anak syarikat Jcorp.

"Inisiatif-inisiatif tersebut bukan sahaja berupaya menambah lebih ramai penglibatan masyarakat bumiputera dalam dunia perniagaan malah turut menjadikan mereka mampu untuk bersaing secara sihat bersama rakan-rakan peniaga mereka dari kalangan bangsa lain.

"Komtar merupakan satu-satunya mercu tanda terawal yang begitu sinonim dengan JCorp yang dibina dan dirasmikan pada 1978. Saya yakin kewujudan Komtar yang bakal bertukar imej menjelang tahun depan, merupakan permulaan kepada proses transformasi bandar raya ini ke arah metropolis paling dinamik di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penjenamaan Semula Pembangunan Komtar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini semalam.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Obet Tawill; Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kasim; Datuk Bandar Johor Bahru, Ismail Karim dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim.

Kompleks JBCC yang dibina di atas kawasan seluas 405,000 kaki persegi itu akan menempatkan dua menara pejabat, bangunan baharu Johor Land, sebuah hotel lima bintang dan pusat beli belah selain akan dilengkapi dengan laluan pejalan kaki yang menghubungkan JB Sentral, pusat beli-belah City Square serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta naik taraf menara Komtar sedia ada.

SPNB nafi 'terlepas pandang' rumah terbengkalai

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Hasrol Fahmy Hashim meninjau rumahnya yang terbengkalai sejak setahun lalu di Parit Buah keras, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Johor, kelmarin.

MUAR 5 Jun - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menafikan 'terlepas pandang' dalam kes sebuah Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Parit Buah Keras di sini, yang terbengkalai dan gagal disiapkan mengikut jadual.

Ketua Pegawai Teknikal SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali berkata, rumah itu gagal disiapkan kerana kontraktor yang dilantik SPNB dipercayai menghadapi masalah kewangan serta lemah dalam aspek pengurusan.

"Selain itu, kontraktor berkenaan juga didapati tidak memiliki tenaga mahir yang mencukupi untuk menyiapkan rumah berkenaan menerusi Sistem Binaan Industri (IBS)," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau mengulas keluhan pemilik RMR itu, Hasrol Fahmy Hashim, 38, yang mendakwa rumahnya berdekatan Jalan Temenggong Ahmad dekat sini, terbengkalai sejak setahun lalu dan tiada tindakan susulan dilakukan oleh SPNB meskipun aduan sudah dibuat.

Mengulas lanjut, Ahmad Azizi berharap pemilik rumah berkenaan bersabar kerana pihaknya masih dalam proses mencari jalan penyelesaian termasuk menukar kontraktor bagi memastikan rumah itu dapat disiapkan secepat mungkin.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia ke rumah berkenaan mendapati hanya bahagian lantai serta beberapa bahagian dinding rumah tersebut disiapkan setakat ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat