{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Mengurangkan risiko terkucil

Posted: 23 Jun 2013 05:39 AM PDT

Soalan

SAYA berasa agak pelik doktor. Saya baru sahaja disahkan hamil dalam sebulan yang lepas. Mengapakah saya perlu kerap membuang air kecil ? Apakah cara untuk mengurangkan kekerapan berulang ke tandas? Adakah simptom ini normal? Mohon penjelasan.

n J, Kedah

Jawapan

Kerap membuang air kecil adalah ciri-ciri utama kehamilan. Ini biasa berlaku terutamanya dalam trismeter pertama dan ketiga. Malah, ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda awal kehamilan yang biasa. Ia disebabkan daripada perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda.

Apabila bayi dalam kandungan anda semakin membesar, badan anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, tetapi pundi kencing anda pula semakin mengecut. Oleh itu, walaupun pundi kencing anda kosong, tekanan yang diterimanya akan membuatkan anda merasa seperti ia penuh. Anda akan mengalami perkara ini terutamanya pada hujung kehamilan apabila kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir. Ia akan menekan bahagian pundi kencing anda.

Anda juga mungkin mempunyai masalah mengosongkan pundi kencing, menyebabkan anda terpaksa pergi ke tandas berulang kali.

Cara untuk mengurangkan kekerapan berulang

ke tandas

Jangan cuba kurangkan jumlah air yang anda minum. Anda sepatutnya minum enam hingga lapan gelas minuman sehari, yang mana kebanyakannya sepatutnya adalah air. Pengurangan cecair boleh menyebabkan dehidrasi, dan anda perlu minum dengan banyak untuk membantu pengaliran nutrien kepada bayi anda.

Anda boleh cuba minum hanya sedikit dalam masa satu atau dua jam sebelum tidur untuk mengurangkan kekerapan berulang ke tandas pada waktu malam.

Jika ini tidak berhasil, anda mungkin terpaksa bertahan sahaja untuk beberapa bulan lagi hingga bayi anda lahir. Anda boleh menganggapnya sebagai satu cara melatih diri untuk menghadapi cabaran selepas bayi anda lahir di mana anda mungkin tidak dapat tidur malam.

Kerap membuang air mungkin menunjukkan apa-apa masalah.

Bincang dengan doktor anda jika anda rasa sakit apabila membuang air atau apabila anda rasa hendak terkencing tetapi hanya beberapa titik sahaja yang keluar.

Anda mungkin menghidap jangkitan saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI). Minum banyak air untuk mencairkan (mendilusikan) air kencing dan jumpalah doktor secepat mungkin. Anda mungkin memerlukan antibiotik untuk mengubati UTI. Jika tidak diubati, UTI boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang, yang mana boleh meningkatkan risiko anda sakit untuk bersalin terlalu awal.

Masalah ini akan berkurangan tidak lama selepas bayi anda lahir. Dalam tempoh beberapa hari selepas melahirkan, anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, dan lebih kerap. Ketika ini, badan anda sedang membuang segala cecair tambahan yang terkandung dalam sistem darah anda semasa hamil. Selepas beberapa hari, keperluan untuk membuang air akan kembali seperti sebelum anda hamil.

Bersama profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain

Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)

Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan

Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan sakit puan, boleh emel ke adawiyah.koh@utusan.com.my

Elak penyakit akibat jerebu

Posted: 23 Jun 2013 05:39 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

TAHUKAH anda fenomena panas yang melanda bumi boleh mendatangkan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kesihatan manusia?

Kesan langsung berkaitan dengan peningkatan suhu panas manakala kesan tidak langsung adalah disebabkan cuaca panas seperti kejadian jerebu dan kemarau hingga menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan air untuk minuman dan pertanian.

Bagi negara yang beriklim khatulistiwa, fenomena cuaca panas tidak menunjukkan kesan yang besar disebabkan adaptasi penduduknya adalah lebih baik berbanding mereka yang menetap di negara beriklim sejuk.

Sebagai contoh, semasa berlaku fenomena El Nino pada 1997 dan 1998, negara kita pernah mencatatkan suhu maksimum sehingga 41 darjah Celsius. Bagaimanapun kesan akibat suhu panas ini adalah tidak begitu ketara.

Kini negara berhadapan dengan masalah jerebu yang boleh menyebabkan penyakit seperti serangan asma, gangguan mata dan jangkitan saluran pernafasan (URTI).

Ketika berlakunya fenomena cuaca panas orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum air dengan lebih kerap serta sentiasa menjaga kesihatan badan.

Apa itu jerebu ? n Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.

n Ia disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggung jawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu ?

Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:

n Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter

n Ozon

n Gas Karbon monoksida

n Gas Nitrogen dioksida

n Sulfur dioksida

Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan Apakah Indeks Pencemaran Udara?

IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.

Nilai IPU

Status Kualiti Udara, Diskripsi

n 0 hingga 50 > Baik

n 51 - 100 > Sederhana

n 101 - 200 > Tidak sihat

Kumpulan berisiko mungkin terjejas

n 201 - 300 > Sangat tidak sihat

n Orang ramai terjejas

n Lebih daripada 300

BahayaApakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan ?

n Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan .

n Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan .

n Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;

n Kesukaran untuk bernafas

n Serangan jantung

n Gatal-gatal pada tekak

n Gatal-gatal pada mata

n Jangkitan pada bahagian

atas saluran pernafasan

n Gatal-gatal pada kulit

Langkah penjagaann Penutup hidung (nasal mask) mesti digunakan jika indeks pencemar udara (IPU) melebihi 200.

n Bagaimanapun bagi mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit lelah, jantung dan paru-paru serta warga emas dan kanak-kanak, adalah dinasihat memakai penutup hidung walaupun IPU lebih rendah daripada itu.

n Orang ramai juga dinasihatkan minum air yang banyak, basuh bahagian tubuh terdedah kepada jerebu dan kurangkan aktiviti di luar rumah.

n Perokok juga dinasihatkan tidak merokok apabila keadaan udara berada pada tahap tidak sihat iaitu IPU melebihi 100.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat