Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 23 Jun 2013 11:20 AM PDT Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee tetap fokus meneruskan perancangannya untuk memastikan skuad bawah 23 tahun negara mampu mengekalkan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut di Sukan SEA Myanmar penghujung tahun ini. Malah pengendali dari Melaka itu tidak sesekali terganggu dengan sebarang cubaan, pandangan atau kritikan dilontarkan terhadap skuad kendaliannya. yang kini sedang berkelana menimba pengalaman di Eropah sejak Mac lalu.
Jelasnya, tempoh lima bulan pemain Harimau Muda A menentang kelab profesional memberikan aksi berintensiti tinggi walaupun berdepan dengan pasukan divisyen dua kerana menyediakan pengalaman dan pengajaran cukup berguna untuk pemain apabila tiba masanya.
KIM Swee (tengah) pada sesi latihan di Australia. Pendedahan berterusan skuad Harimau Muda A negara sudah terbukti apabila berjaya menggilap bakat pemain tempatan sehingga dipancing kelab luar negara seperti Nazmi Faiz Mansor (SC Beira-Mar, Portugal), Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim (FC Ryukyu, Jepun) serta beberapa pemain lain lagi.
"Beberapa muka baru yang dibawa jelas masih memerlukan pendedahan berterusan berbanding pemain lama kerana mereka sudah berada pada peringkat tertentu dan membiasakan diri di tahap tertinggi. Jadi pendedahan ini secara tidak langsung memberikan persediaan sepatutnya untuk mereka seandainya pemain utama mengalami kecederaan ketika Sukan SEA berlangsung," katanya.
|
Posted: 23 Jun 2013 11:17 AM PDT Kuala Lumpur: Datuk Azzuddin Ahmad kini secara rasmi dilantik sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) bermula 1 Julai nanti namun penggantinya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih menjadi tanda tanya. Sehingga petang semalam, badan induk bola sepak negara itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau pengumuman rasmi mengenai pengganti Azzuddin.
"Saya akan meninggalkan FAM penghujung bulan ini kerana sudah menerima surat lantikan sebagai Setiausaha Agung AFF dan akan mula bertugas (di AFF) pada 1 Julai nanti," katanya.
Jika mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah, Hamidin akan menjadi Setiausaha Agung FAM ketujuh selepas Datuk Kwok Kin Keng (1951-1980), Datuk Paul Murugasu (1980-1985), Datuk Paul Mony Samuel (1985-2000), Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan (2000-2005), Datuk Seri Ibrahim Saad (2005-2007) dan Azzuddin (2007-2013). Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |