Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Posted: 04 Jun 2013 12:11 AM PDT JURNAL Endokrinologi Antarabangsa mendapati kira-kira 60 kes Acromegaly dikesan dalam sejuta orang di seluruh dunia. - Gambar hiasan MUZAMIR Mohammad Nasir, 40, seorang juruteknik di sebuah syarikat swasta telah dikesan menghidap penyakit Acromegaly pada tahun 2007. Penyakit ini berpunca daripada tumor di dalam kelenjar pituitari yang telah mengakibatkan tekanan perasaan serta fizikal pada dirinya dan juga ahli keluarga. Saiz kasut saya membesar dari saiz lapan ke 11. Saya tidak lagi boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Saya tidak dapat bermain dengan anak-anak seperti bapa lain kerana saya amat mudah berasa penat dan sakit dari waktu Zuhur ke Maghrib. Saya boleh tidur sepanjang hari kerana terlalu letih, berjalan juga tidak boleh terlalu jauh. Perubahan ini telah menyebabkan isteri saya menangis setiap hari kerana memikirkan saya sudah hampir menemui ajal," kata Muzamir sambil menambah bahagian sendi di kaki mudah membengkak setiap kali dia bersenam atau bermain futsal sukan kegemarannya. Muzamir juga mendapat perkhabaran kurang baik daripada doktor pakar yang merawatnya apabila ujian imbasan MRI mendapati ada tumor sebesar dua hingga tiga sentimeter di dalam kelenjar pituitarinya. Lebih merisaukan, tumor tersebut hampir menyentuh saraf mata Muzamir. Doktor memberitahu satu-satunya pilihan saya ialah pembedahan membuang tumor. Kemungkinan juga pembedahan tersebut tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada keadaan saya sekarang," jelasnya. Muzamir akhirnya menjalani pembedahan membuang tumor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini telah menerima secara positif segala yang berlaku padanya. Alhamdulillah selepas pembedahan di HKL pada tahun 2011 keadaan saya semakin baik dari segi perubahan mood. Sakit kepala yang dialami juga sudah berkurang, jadi mudahlah saya untuk membuat kerja di pejabat. Walaupun fizikal saya berubah termasuk suara menjadi semakin garau, saiz kasut membesar dan tidak boleh memakai cincin tapi saya bersyukur kerana sakit yang ditanggung kini semakin hilang," katanya. Muzamir kini menjadi ahli persatuan penghidap Acromegaly di Malaysia yang dikenali sebagai MyAcro. Persatuan yang diwujudkan pada tahun 2012 itu, kini telah mengumpul lebih 100 ahli dalam kalangan pengidapnya di Malaysia dan memberi sokongan antara satu sama lain. Saiz sarung tangan berubah Tahukah anda selain pesakit sindrom Down yang kita boleh kenali menerusi raut wajah yang hampir sama antara satu sama lain, golongan penghidap penyakit Acromegaly juga mempunyai bentuk wajah yang hampir serupa. Pesakit Acromegaly mempunyai dagu yang lebar dan panjang, muka yang semakin melebar malah saiz kaki dan tangan juga semakin membesar. Berkongsi satu lagi pengalaman pesakit ialah jururawat di Hospital Putrajaya, Ida Roziani Abu Samah, 29, yang juga ibu kepada seorang cahaya mata berusia empat tahun. Menceritakan kisah hidupnya, Ida Roziani memberitahu, sejak alam remaja memang dia kerap mengalami sakit kepala. Ketika usianya 19 tahun dia disahkan doktor menghidap penyakit darah tinggi. Memang pelik sebab ibu bapa tidak ada yang penyakit tersebut. Saya juga bukannya gemuk. Pada usia 19 tahun saya sudah mula makan pil darah tinggi 50 mg setiap hari dan berhenti makan setelah masuk ke kolej jururawat. Bacaan tekanan darah tinggi saya tidak terkawal, cepat berpeluh, letih, tapak tangan dan tapak kaki saya semakin membesar," katanya. Pada mulanya dia rasa pelik apabila semua kasut tidak muat dan cincin kahwin juga mengetat. Sebagai jururawat, sarung tangannya di hospital juga bertukar daripada saiz enam kepada 7.5. Ketika bertugas saya kerap sakit kepala dan akhirnya pemeriksaan doktor memerlukan saya mengawal tekanan darah tinggi dengan pengambilan dos ubat yang lebih. Mujurlah ujian darah dan ujian jantung saya normal. Tapi pada tahun 2011 saya menjalani ujian darah sekali lagi dengan ujian IGF-1 (untuk mengesan hormon) dan ternyata bacaan hormon saya tinggi," ujar Ida Roziani. katanya, itu diikuti dengan ujian MRI dan pakar endokrin mendapati ada ketumbuhan di kelenjar pituitari sebesar 1.5 sentimeter. Pada tahun yang sama, dia menjalani pembedahan kaedah endoskopi di HKL. Selepas itu barulah tekanan darahnya kembali normal. Ida Roziani bagaimanapun mempunyai motivasi diri yang tinggi. Dia berfikiran positif dan tidak sesekali membiarkan perubahan fizikal serta keadaan penyakitnya mengganggu rutin harian sebagai isteri, ibu dan jururawat. Saya terima dengan hati terbuka malah saya sentiasa mendapat sokongan moral daripada suami dan rakan-rakan di hospital. Pesan saya kepada mereka yang disyaki menghidap Acromegaly agar jangan putus asa, mesti patuhi temu janji doktor dan prihatin dengan perubahan yang berlaku," katanya yang menyifatkan pengabaian kepada simptom tersebut mendedahkan pesakit pada risiko serangan strok. - NOOR FAZRINA KAMAL |
Posted: 04 Jun 2013 12:11 AM PDT Oleh MERAN ABU BAKAR Wanita yang mengalami LUL perlu banyak menyesuaikan keadaan dalam emosi mereka. - Gambar hiasan MASALAH lemah kawalan kencing atau light urinary leakage (LUL) dialami oleh satu daripada empat wanita berusia 35 tahun ke atas sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Malangnya, kebanyakan wanita yang mengalaminyadiselubungi dengan salah tanggapan, perasaan malu dan cara rawatan yang salah. Tanpa pengetahuan dan maklumat yang tepat, ramai wanita akan terus bergantung kepada penyelesaian jangka pendek dan tidak berkesan bagi menyembunyikan masalah itu. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Prince Court, Dr. Seri Suniza Sufian mengakui masalah LUL jarang diperkatakan secara terbuka kerana faktor malu dan rendah diri. "Bagi individu normal yang sihat, kebiasaannya kencing boleh dikawal. Tetapi mereka yang mengalami masalah LUL, air keluar pada masa yang salah. "Ini disebabkan lemah pundi kencing, pangkal rahim lemah, pemakaian korset yang ketat dan sebagainya," katanya Menurut Dr. Seri Suniza, kebanyakan wanita menganggap kebocoran kecil adalah sesuatu yang normal dan bukan masalah serius. Katanya, mereka mencuba kaedah sendiri untuk mengatasinya seperti kurang minum air, membawa bersama salinan pakaian jika basah atau memakai tuala wanita biasa secara berterusan. "Cara ini sebenarnya tidak berkesan, malah memburukkan lagi kesihatan. Kaedah yang betul dalam menangani LUL adalah mudah. "Mereka hanya memerlukan sedikit penyesuaian dalam kehidupan seharian seperti kerap melakukan senaman Kegel (kemut) dan mengelakkan makanan serta minuman yang boleh merangsang pundi kencing,'' kata Dr. Seri Suniza. Beliau berkata demikian pada kempen Menghadapi Realiti Kewanitaan dan Masalah Lemah Kawalan Kencing anjuran Poise sempena Minggu Kontinens Sedunia, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Kempen tersebut bertujuan menyebarkan mesej bahawa perubahan emosi dan keperluan fizikal seseorang wanita termasuk mengalami LUL perlu ditangani dengan pendekatan yang praktikal dan sederhana. Sementara itu, Fisioterapis Kesihatan Wanita Hospital Prince Court, Neng Shahidah Sabullah pula berkata, menginjak ke usia 40-an wanita perlu melakukan banyak penyesuaian dalam hidup yang boleh memberi kesan emosi dan psikologi secara positif. Ini termasuk katanya, ketika berdepan dengan masalah seperti LUL yang sedikit sebanyak akan menganggu dari segi emosi. Sebagai pakar fisioterapi, beliau akan mengajar wanita yang mengalami LUL ini mengenai senaman Kegel (kemut) dan 60 peratus daripada mereka berjaya dirawat. "Senaman Kegel sesuai dengan wanita dan mereka harus belajar bagaimana hendak mengawal kencing dengan melakukan kemut. "Pemakaian bengkung turut menjadi salah satu punca LUL. Jangan pakai ketat sangat kerana akan memberikan tekanan dari bahagian atas abdomen hingga ke bawah dan membuatkan seseorang itu terasa seperti hendak kencing,'' tambah Neng Shahidah. Dalam pada itu, Poise bersama dutanya, pelakon dan pengacara terkenal, Raja Azura, memulakan misi untuk menjelaskan kepada kaum wanita bahawa perubahan fizikal seperti LUL adalah lumrah dalam kehidupan mereka. Raja Azura berkata, LUL memang menimbulkan rasa tidak selesa dan menjejaskan rutin harian. "LUL adalah satu cabaran dan realiti yang perlu dihadapi secara bijak oleh kebanyakan wanita," katanya. Sebagai sambutan menjelang Minggu Kontinens Sedunia 2013, satu program pertukaran istimewa Poise akan dijalankan sepanjang Jun dan Julai. Melalui program ini pengguna boleh membawa sebarang pembungkus tuala wanita biasa dan menukarkannya dengan pek baru Poise. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |