{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Beri komitmen terhadap tugas

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

AZLAN Man menyampaikan ucapan di hadapan kakitangan awam Negeri Perlis dalam Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020, Kangar, semalam.

KANGAR 3 Jun - Menteri Besar Perlis, Azlan Man mengingatkan anggota perkhidmatan awam negeri ini supaya memberi komitmen terhadap tugas dan meningkatkan disiplin masa.

"Setiap masa yang berlalu tidak akan berulang, oleh itu anggota perkhidmatan awam perlu membebaskan diri daripada kepompong yang menyebabkan mereka tidak dapat melihat jauh ke hadapan dan sama-sama membangunkan diri secara berakhlak.

"Jangan bergerak seperti siput. Perlu laju untuk capai wawasan," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan anggota perkhidmatan awam persekutuan dan negeri yang pertama dihadirinya sebagai Menteri Besar Perlis di sini hari ini.

Azlan berkata, penjawat awam perlu bersikap proaktif termasuk memainkan peranan sebagai fasilitator kepada pelabur bagi memastikan Perlis menjadi negeri mesra pelabur.

Katanya, Perlis akan terus menjadi negeri berdefisit jika langkah drastik tidak dilakukan bagi mengubah dimensi negeri yang sedang memberi fokus ke arah pencapaian wawasan negeri maju pada 2015 dan negeri bandar raya pada 2030.

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2013, Perlis dijangka mengalami defisit sebanyak RM105.53 juta tahun ini kerana jumlah hasil negeri ialah sebanyak RM76.12 juta manakala perbelanjaan RM181.65 juta.

Yang turut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid. — BERNAMA

Sukma Kedah rangkul takhta juara besbol Piala Raja Muda Perlis 2013

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

KANGAR 3 Jun - Pasukan Sukan Malaysia (Sukma) Kedah mengungguli Kejohanan Besbol Piala Raja Muda Perlis 2013 dengan menewaskan pasukan dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas) dengan kelebihan 12-2.

Kejohanan kali ketiga itu dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama Persatuan Besbol Negeri Perlis dengan kerjasama Persekutuan Besbol Malaysia dan Majlis Sukan Negeri Perlis.

Di peringkat separuh akhir, Sukma Kedah menewaskan Sukma Perlis dengan 8-4 manakala Polimas menewaskan Perlis Old Star dengan 17-9.

Selaku juara, Sukma Kedah membawa pulang wang tunai RM1,500, piala pusingan, piala iringan, pingat dan sijil manakala pasukan Polimas membawa pulang wang tunai RM1,000, pingat dan sijil.

Tempat ketiga secara bersama disandang oleh pasukan dari Sukma Perlis dan Perlis Old Star dimana masing-masing membawa pulang pingat dan sijil.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP berkenan menyampaikan hadiah.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor UniMAP dan putera baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Yang turut hadir Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Husin dan Duta Besar Republik Dominican, Hans Dannenberg.

Republik Dominican terkenal sebagai negara yang banyak melahirkan pemain tersohor dunia dalam liga profesional Amerika Syarikat.

Pada kejohanan yang berlangsung di Kampus UniMAP Pauh Putra itu, menyaksikan enam pasukan bertanding antaranya pasukan UniMAP, Sukma Kedah, Polimas, Sukma Perlis, Perlis Old Star, dan Kelab Crazy Lamb.

Kamarudin dalam ucapannya berkata, UniMAP sentiasa menyokong aktiviti pembangunan sukan besbol secara berterusan.

"Pelbagai program telah disusun bagi menarik minat masyarakat, terutamanya mahasiswa untuk menceburi sukan ini antaranya Coaching Clinic untuk sekolah-sekolah rendah dan Kejohanan Besbol Piala Naib Canselor UniMAP.

"Saya percaya kejohanan seperti ini merupakan medan terbaik untuk para pemain mempamerkan kebolehan dan potensi diri dalam sukan besbol secara tidak langsung melahirkan pelapis untuk sukan ini," katanya.

Beliau berharap, kejohanan Besbol Piala Raja Muda ini dapat dipergiatkan lagi dengan penganjuran liga di peringkat negeri Perlis yang bakal menyaksikan lebih banyak pasukan yang bertanding dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Kejohanan ini turut mendapat tajaan dari Emas Kerajang dan Bank Rakyat.

Mekanik ditahan, ganja RM50,000 dirampas

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

TAIPING 3 Jun - Polis menahan seorang mekanik kereta dan merampas sebanyak 25 ketulan mampat dadah jenis ganja seberat 26.5 kilogram yang dianggarkan bernilai lebih RM50,000 di Kampung Jelapang Jaya, Simpang di sini pada 28 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Md. Diah berkata, tangkapan itu berjaya dibuat selepas polis menerima satu panggilan telefon daripada orang awam berhubung satu kejadian pergaduhan di kampung tersebut kira-kira pukul 4.50 pagi.

Katanya, pasukan peronda polis yang tiba di sebuah rumah di kampung tersebut kira-kira 15 minit kemudian telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan membuat pemeriksaan fizikal tetapi tidak menemui apa-apa barang salah.

"Namun, hasil soal siasat yang dijalankan, suspek kemudian memberitahu ada ganja di dalam bonet sebuah kereta jenis Proton Wira yang diletakkan di sebelah kanan rumah tersebut.

"Pemeriksaan di dalam kereta tersebut menemui satu guni plastik yang mengandungi sebanyak 25 ketulan mampat berbalut plastik lutsinar berisi daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 26.5 kilogram," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusof, dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai lebih RM50,000 berdasarkan nilai pasaran sebanyak RM2,000 bagi setiap ketulan mampat.

Beliau berkata, suspek yang dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran dadah, mempunyai dua rekod kesalahan lampau kes jenayah dan dadah pada 2001 dan 2002.

Kes tersebut katanya, disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat