Utusan Online - Megabait
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Megabait |
Posted: 03 Jun 2013 12:03 AM PDT Menyaksikan proses pembuatan lensa kamera dan pemasangannya secara manual ketika berpeluang melawat kilang lensa Nikkor bagi kamera berjenama terkemuka dunia, Nikon, adalah satu pengalaman yang mengasyikkan. Sekali pandang dari luar kilang lensa Nikkor di Tochigi, yang terletak kira-kira 140 km ke utara Tokyo tidak ubah seperti bangunan kilang biasa yang dapat dilihat di negara ini. Baru-baru ini, kilang tersebut buat pertama kalinya dibuka untuk lawatan pengenalan bagi sekumpulan wartawan dari Asia sempena ulang tahunnya yang ke-80 tahun ini yang juga menandakan pengeluaran 75 juta lensanya setakat Disember 2012. Namun di dalam gedung-gedungnya terkandung pelbagai teknologi canggih dan para pakar yang mengeluarkan lensa interchangeable dan kanta optik kamera yang memberi hasil fotografi bernilai tinggi dan kepuasan kepada peminat serta pengguna biasa mahupun pengguna profesional kamera Nikon. Proses menghasilkan setiap keping lensa di Tochigi ternyata dibuat secara manual oleh manusia selain kerja kasarnya oleh mesin atau komputer. Kebanyakan kita mungkin menyangka bahawa keseluruhan sesebuah kamera itu dipasang oleh mesin, robot atau komputer. Dalam kilang berkenaan, pengunjung berpeluang melihat sendiri bagaimana tekunnya setiap pekerja di kilang Tochigi ini bekerja menyiapkan bahagian-bahagian yang sudah ditugaskan kepada mereka. Mereka bekerja dalamsambil berdiri dan tidak seorang pun berkata-kata bagi mengelak kemungkinan lalai atau alpa yang boleh menjejaskan kualiti. Penjelasan oleh jurucakap-jurucakap di pelbagai bahagian kilang itu menunjukkan bahawa Nikon, yang tertubuh sejak 1917, sangat mengutamakan ketelitian dan ketepatan berdasarkan piawaian yang tinggi. Bermula daripada menerima bekalan, memilih dan menimbang 'batu', memotong, mencanai dan mengasah bentuk kasarnya, mengisar hingga menjadi lensa. Kemudian ke proses melapisinya dengan teknologi nano beberapa lapis dengan bahan istimewa untuk mencapai dan menepati tahap terbaik anti gurisan dan refleksi cahaya, semuanya dilakukan penuh teliti. Setiap keping lensa itu akan diperiksa oleh para pakar selain pemeriksaan standard oleh komputer. Demi menjamin kualiti terbaik untuk kepuasan pengguna, Nikkor tidak melakukan pemeriksaan secara persampelan rambang tetapi memeriksa lensanya, satu per satu. Dalam hal ini Nikon sentiasa komited memastikan falsafahnya Kebolehpercayaan dan Kreativiti dan aspirasinya Menepati keperluan. Melebihi jangkaan ditepati dan dipenuhi. Jumlah itu tidak banyak untuk menjamin kualitinya yang tinggi. Ini kerana pemasangan setiap lensa ke dalam kamera yang melibatkan proses rumit seperti melekatkan gam dan memasang skru yang kecil dibuat secara manual. Beberapa peringkat proses pembuatan melibatkan air dan bahan pencuci bagi memastikan tiada sebutir pun debu melekat di lensa. Untuk itu Nikkor di Tochigi telah mengambil pelbagai langkah memastikan air kumbahan dirawat sebaik-baiknya sebelum dialirkan semula ke sungai. Seorang pegawainya berkata, air dari kilang itu tidak mencemarkan sungai bahkan ikan dan hidupan lain tidak terjejas sedikitpun. Sering kali kewujudan kilang di kawasan kediaman, apatah lagi di sebuah kampung, menimbulkan bantahan daripada penduduk setempat kerana pelbagai masalah yang timbul terutama pencemaran. Namun bagi Nikkor, bukan sahaja tiada bantahan pernah dialami malah penduduk berinteraksi sangat baik dengan kilang itu. Lebih 450 pekerjanya di situ juga tinggal dan menjadi sebahagian masyarakat di situ dan membantu merancakkan kitaran ekonomi setempat. "Kalau ada aduan yang kami terima pun hanya satu atau dua saja setahun. Itu pun berkaitan cara memandu satu atau dua pekerja kami dan tiada kaitan dengan pencemaran alam sekitar atau bantahan," kata seorang pegawainya. Sesuai falsafah Nikon, kilang lensa di Tochigi itu juga melibatkan diri dalam banyak kegiatan kemasyarakatan termasuk pendidikan di luar kurikulum kepada murid sekolah dan perkhemahan selain sumbangan tahunan bagi menambah baik keperluan peralatan sekolah-sekolah di sekitar. Sepanjang lawatan itu, sebarang rakaman sama ada rakaman gambar, visual mahu pun suara di dalam kilang-kilang yang dilawati tidak sekali-kali dibenarkan. Hanya penjelasan yang diberikan oleh para jurutera dan pegawainya melalui jurubahasa yang boleh dicatat. Itu pun sebahagiannya juga tidak dibenar disiarkan. Ini mungkin kerana persaingan teknologi dalam bidang ini terlalu sengit yang menuntut kerahsiaan yang ketat. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |