Utusan Online - Rencana
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Rencana |
Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT DR. AHMAD ZAKI ISMAIL Majlis Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang di-Pertuan Agong tahun ini dicemari dengan tindakan individu yang menghina institusi Raja Melayu itu di laman sosial Sabtu lalu. - Gambar hiasan. Isu paling banyak diperkatakan selepas musim PRU-13 oleh pihak media dan orang ramai kini adalah perbuatan menghina Institusi Raja dan status kaum bumiputera di negara ini. Polemik yang dibicarakan seolah-oleh seperti sudah dirangka lama sebelum kemenangan semula Barisan Nasional (BN) dalam pertarungan sengit tersebut. Ini bukan komentar biasa, ia di perkatakan dengan wewenangnya oleh kumpulan yang sama dan daripada bangsa yang serupa. Kita hampir tidak mendengarnya daripada kaum India yang nampaknya akur bahawa mereka lebih banyak memperolehi manfaat bila sanggup berkongsi dengan rasa rendah hati dan melihat kemolekan budi bumiputera selama ini. Meskipun mereka pernah cuba mencabar kesabaran dan kesetiaan BN sebelumnya melalui Hindraf. Hebat sungguh orang Melayu ini, bukan membalas dendam tetapi diberikan hadiah pula bila Hindraf mendapat anugerah hasil sikap kurang ajar mereka dahulu itu dengan kerusi Timbalan Menteri. Agaknya inilah strategi yang cuba dimainkan oleh orang Cina dengan mempersoal, mempermain, menghina, menuding jari dan sebagainya kepada Sistem Raja Berperlembagaan dan keistimewaan bumiputera dalam negara ini. Mereka pun inginkan perhatian istimewa juga dan menerima anugerah tertinggi negara, kalau boleh agaknya kerusi Timbalan Perdana Menteri Kedua mahu diminta. Bagaimanapun, adakah semua rakyat negara ini menyedari bahawa perbuatan mempersoal, mengungkit, menghina dan sebagainya yang sedang berleluasa kini sebenarnya menjerumuskan negara dan diri mereka sendiri dalam satu kancah yang sangat berbahaya. Bukan sahaja dari segi keamanan tetapi kedudukan diri mereka sendiri yang dilindungi undang-undang dan Perlembagaan negara yang telah juga memberikan keistimewaan khusus kepada nenek moyang mereka menjadi warga negara secara automatik melalui Jus Soli. Ini tidak pernah berlaku di mana-mana sahaja dalam negara di dunia ini kecuali di Malaysia yang diterajui oleh orang Melayu dan bumiputera yang mereka panggil bodoh, lembu, babi dan sebagainya itu. Memang agaknya orang Melayu dan bumiputera ini bodoh, bangang, lembu dan babi kerana bermurah hati dan bertolak ansur selama ini. Jadi khusus kepada orang Melayu dan bumiputera, janganlah terus menerus jadi bodoh, bangang dan babi lagi. Pepatah ada mengatakan beri betis hendakkan peha, inilah jadinya sekarang. Bukan tidak tahu berterima kasih, malah dihina nista dan dicaci maki macam pecacai pula kita dibuatnya. Pengalaman berniaga ke negara China bersama rakan kongsi yang berbangsa Cina telah membuka matanya sebenarnya beliau lebih bertuah lahir di Malaysia daripada di negara asal nenek moyang mereka. Puluhan malah ratusan kali beliau mengucap dan mengungkapkannya kepada penulis. Banyak yang boleh dihayati kalau kita semua mahu bermuhasabah dan tidak mengikut hasutan perasaan dan nafsu semata-mata. Kepada kumpulan ini mudah sahaja, kita kenal pasti mereka, tangkap, ambil tindakan dan buang negara atau lucut kerakyatan sebab memang ia berasas. Kerakyatan mereka tertakluk kepada syarat-syarat asas yang dipersetujui dahulu dan selagi mereka mematuhinya tidak akan timbul sebarang isu. Kalau tidak setuju, jalan dan arah sudah sentiasa terbuka. Keluar sahajalah memang ini kalilah mereka kena diajar. Soal menghina bukan budaya kita, kalau tidak berbudaya Malaysia mereka juga bukan rakyat kita. Dalam bahasa kasar kita katakan pada mereka boleh belah. Tunggak negara yang berstatus 'kebal' dari segi perundangan boleh dihina begitu rupa apatah lagi kita semua. Hairan juga, tidak pernah pula bangsa ini yang tinggal di negara Eropah menghina Queen dan King di sana yang juga dilindungi Perlembagaan. Mahu dikatakan tidak pernah pergi ke sana tentu mustahil sebab mereka memang kaya raya dan kebanyakan belajar di luar negara tidak seperti Melayu/Bumiputera yang bodoh, bangang dan babi ini. Menghina Raja, menghina Jata Negara, menterbalikkan bendera, berdemonstrasi seluruh negara, mempersoal pelbagai hak yang sudah diterima bukan perbuatan biasa-biasa atau remeh sahaja. Tentu ada yang tidak kena dan tentu ada dalang di sebaliknya sehingga ia amat ketara dan mempunyai keberanian yang luar biasa diluahkan secara ganas dan tidak berbudaya. Lihat sahaja negara Singapura, meskipun berdemonstrasi bukan untuk mengkritik mereka tetapi bila berlaku di dalam negaranya, lihatlah begitu keras tindakan dan hukuman yang dikenakan terhadap mereka. Sudah tiba masanya, kerajaan dan pihak berkuasa mengenakan tindakan menurut sistem perundangan yang sedia ada kepada kumpulan ini bagi menghantar mesej yang jelas kepada semua bahawa kami tidak akan luak tanpa kamu semua. Jangan fikir ekonomi dan kekayaan negara ini hanya boleh dijana oleh mereka sahaja. Buka kembali buku sejarah dan baca bagaimana Maharaja mereka sanggup menghantar puteri kepada Sultan Mansur Shah walhal berapa ramai lagi raja-raja hebat ketika itu termasuk Rom, India, Parsi dan sebagainya. Tentu ada sebab musababnya yang tidak cukup kolum ini untuk dihuraikan. Kumpulan ini juga sudah lama menyerang usahawan bumiputera temasuk Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang dicanangkan sebagai orang yang menjadi kroni dan menyebabkan subsidi disalah guna. Malah kononnya usahawan Melayu ini menganiaya usahawan bangsa lain kerana hubungan istimewa beliau dengan kepimpinan politik negara. Walhal selama ini perkara sebaliknya berlaku tanpa sebarang aduan daripada para peniaga Melayu. Mahukan bukti? Kita sudah bersedia untuk mengetengahkannya untuk diadili oleh semua pihak. Kononnya di Indonesia kaum ini merasa lebih terpelihara kerana di sana tidak mempunyai status bumiputera. Tolonglah kaji fakta sebelum membuat tuduhan membuta tuli, meskipun tiada status bumiputera bolehkah kaum Cina mengamalkan budaya, bahasa malah nama keluarga sendiri pun tidak boleh diguna. Ini belum termasuk kelayakan mengundi, berpolitik dan menjadi menteri dalam pemerintahan. Kalau institusi Raja yang kebal boleh dicaci maki, ditertawa, apa lagi yang belum dibuat kumpulan ini untuk mengundang tindakan keras dikenakan kepada mereka. Tentu mereka faham bahawa selaku Raja negara ini, mereka bukan hanya Raja untuk orang Melayu bodoh, bangang dan babi ini sahaja tetapi Raja kepada seluruh rakyat jelata. Lihat sahajalah senarai penerima darjah anugerah kebesaran waktu hari keputeraan Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, berapa ramai bangsa mereka menerimanya. Kenapa tidak ditolak sahaja seperti mana MCA dan Gerakan menolak jawatan menteri tempoh hari. Cukuplah, jangan sampai orang Melayu bangun menunjukkan amarah mereka. Sudah cukup kesabaran mereka dicabar, sudah cukup penghinaan dilemparkan. Melayu tidak pinta emas permata, tidak pohon harta berjuta. Apa yang kita mahu teruskan usaha menuju ke hadapan meletakkan negara dalam keadaan aman. Mudah bagi semua orang mencari makan dan mengekalkan kemakmuran. Ada masa kita mengalah tetapi itu bukan bererti kita takut atau lemah. Ada pula masa kita memberi bukan bermaksud kita sudah melebihi tetapi kita sangat mengasehi dan berbudi tinggi. Kenanglah semua ini kalaupun tidak membalasnya dengan ucapan dan nilaian yang tinggi tetapi jangan pula diumpat keji. Eloklah dibangunkan mereka dari mimpi besar yang bakal membakar bukan sahaja diri mereka sendiri tetapi negara yang kita cintai ini. Ingatlah bukan ini caranya untuk menarik perhatian atau simpati daripada rakyat semua. Mungkin selama ini signal yang salah dihantar kepimpinan negara kepada rakyat iaitu 'buat bising', kita akan bagi pangkat. Rasanya, ini bukan satu tindakan dan keputusan yang elok diikuti kerana mungkin pemimpin boleh bersabar, tetapi rakyat Melayu dan bumiputera tidak boleh menerimanya lagi. Cukuplah kita dihina begitu rupa dan kita bukanlah bangsa yang boleh ditindas sebegitu rupa. |
Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT PROF. SALLEH BUANG ialah penganalisis undang-undang. Sesetengah orang ramai masih menghadiri perhimpunan anjuran penyokong pembangkang kerana tindakan benar-benar tegas belum dikenakan ke atas mereka yang terlibat. - Gambar hiasan Negara kita sekarang merasa bahang keceluparan sekumpulan manusia yang kecewa. Cita-cita besar mereka menawan Putrajaya bukan baharu. Lima tahun lalu, sewaktu kita semua bersiap sedia menghadapi PRU-12 (pada 8 Mac 2008), pemimpin kumpulan ini sejak awal lagi sudah mendakwa mereka pasti berjaya. Malang bagi mereka, yang dimpikan itu tidak menjadi kenyataan. Pun begitu, mereka telah menawan tiga negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kedah, sambil sekutunya kekal memerintah di Kelantan. Tapi kejayaan yang terhad ini nampaknya masih tidak mampu memuaskan nafsu besar mereka. Lalu gendang perang terus dipalu. Macam dulu, mereka terus mendakwa pada PRU-13, mereka akan menang. Ceramah dan kempen disusun dan dilakukan pada setiap masa dan banyak tempat. Askar dan hulubalang maya mereka (kini dipanggil Askar Kacang Merah) digerakkan menguasai ruang siber, menyebarkan fitnah dan dakyah. Pembohongan diadun bersama fakta terpilih, hingga rakyat sukar mengenal pasti mana yang betul dan mana yang palsu. Begitu berkesan sekali serangan mereka di ruang maya, hingga slogan 'Ubah' serta slogan lain menjadi ucapan biasa segolongan remaja yang sudah terpesona dengan janji ketua mereka - bahawa mereka akan menang pada kali ini. Ramai sekali pakar pembuat cerita (digelar Spin Doctors) muncul, meyakinkan rakyat bahawa parti mereka pasti menang. Andainya mereka kalah (pada mereka mustahil akan berlaku), pastinya itu disebabkan "penipuan SPR dan kerja jahat BN". Mereka ditakdirkan kalah lagi pada PRU-13. Lalu satu 'sebab' yang baru mesti dicari dan dijelmakan sebagai fakta sebenar, yang tidak boleh ditolak lagi. Maka timbullah konsep 'undi popular,' serta dakwaan yang amat menarik bahawa "Mereka sebenarnya telah mendapat undi majoriti daripada pemilih - justeru merekalah yang berhak menguasai Putrajaya". Mereka sengaja lupa (atau buat-buat lupa) bahawa semenjak belum merdeka lagi (kali pertama pilihan raya diadakan adalah pada tahun 1955, sewaktu saya berada di Tingkatan 3, Sekolah Tinggi Muar) kita tidak pernah mengamalkan sistem undi popular, tetapi majoriti kerusi yang dimenangi oleh parti yang bertanding. Anehnya mereka tidak pula menolak sistem kerusi majorit ini bagi keputusan pilihan raya di tiga negeri yang mereka kekal memerintah - Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, tapi tetap menolak keputusan BN menang 133 kerusi Parlimen. Manusia jenis apa macam ini? Tolak keputusan peringkat pusat, tetapi terima keputusan di peringkat negeri, pada hal undi itu datang daripada pengundi (pemilih) yang sama. Untuk mengekalkan momentum, agar mereka tidak dilupakan oleh penyokong serta pengundi yang telah tertipu dengan janji-janji kemenangan mereka, perlu dicari pelan baru bagaimana matlamat mereka merampas Putrajaya masih boleh dicapai. Lalu timbullah pula slogan baru "Daripada pilihan raya ke jalan raya". Sementara rakyat jelata dihasut dan dipujuk untuk turun ke jalan raya (barangkali ala Bersih 1, 2 dan 3 yang lalu) yang pastinya akan mengambil masa, perlu diadakan program selingan untuk terus menarik minat dan perhatian penyokong. Lalu diatur dan dilakonkan Silent Walk remaja berbaju hitam, disusuli perhimpunan besar-besaran di merata tempat dengan jenama baru Black 505, di mana cerita karut-marut yang lama itu dikitar semula dan didendangkan. Setakat mereka berhimpun dan berucap sahaja, rasanya pihak PDRM boleh menanganinya dengan baik dan adil di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012. Pada masa ini, pertuduhan telah pun dibuat di bawah Akta ini terhadap beberapa individu tertentu yang menganjurkan perhimpunan Black 505 itu. Tetapi bagaimana halnya jika protes jalan raya yang mereka hendak jalankan itu mencetuskan huru-hara? Pada masa ini pun sudah kedengaran individu tertentu menyatakan secara lantang "Kerajaan BN mesti digulingkan dengan menggunakan 'kuasa rakyat' (people power)." Pada hemat saya, orang yang mengeluarkan kata-kata sedemikian itu bukan lagi aktivis. Mereka sudah menjadi anarkis. Akta 747 atau nama penuhnya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (dalam bahasa Inggeris bernama Security Offences (Special Measures) Act atau ringkasnya SOSMA) perlu kita lihat semula untuk mengetahui sama ada ia mampu membanteras kemunculan anasir anarkis di negara ini. SOSMA adalah undang-undang Parlimen yang diluluskan di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, bertujuan menangani "kesalahan keselamatan". Ia menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act, ringkasnya ISA) 1960. SOSMA perlu dibaca bersama dengan Kanun Keseksaan (Penal Code), khususnya Bab VI (seksyen 121 hingga 130A) dan Bab VIA (seksyen 130B hingga 130T). Ringkasnya Bab VI Kanun Keseksaan menghuraikan kesalahan terhadap negara (offences against the State), manakala Bab VIA menghuraikan kesalahan berhubung keganasan (offences relating to terrorism). Dalam bahasa mudah, boleh kita simpulkan bahawa perbuatan menggulingkan kerajaan yang sah menerusi protes jalanan atau 'kuasa rakyat', bukan menerusi proses pilihan raya adalah termasuk dalam erti kata 'kesalahan keselamatan' yang termaktub dalam SOSMA. Andainya seorang individu itu disyaki terlibat melakukan atau cuba melakukan kesalahan keselamatan yang dimaksudkan dalam SOSMA (dibaca bersama Kanun Keseksaan) ini, dia boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai polis - seksyen 4(1). Sebaik-baik sahaja dia ditangkap, individu itu mesti dimaklumkan kenapa dia ditangkap - seksyen 4(2). Orang itu tidak boleh ditangkap disebabkan kepercayaan atau aktiviti politiknya - seksyen 4(3). Selepas ditangkap orang itu boleh ditahan bagi maksud siasatan, tetapi tidak melebihi 28 hari, dengan syarat penahanan bagi tempoh hampir sebulan itu hanya boleh diberi oleh pegawai berpangkat Superintendent Polis atau lebih tinggi daripada itu - seksyen 4(5). Jika pihak polis berpendapat orang itu tidak perlu ditahan selama tempoh 28 hari itu, polis boleh melepaskan orang itu pada bila-bila masa tetapi dia akan dikenakan peranti pemantauan letronik bagi memastikan pergerakannya - seksyen 4(6). Untuk mendapatkan alat letronik dipasang pada tubuh badan orang itu, pihak polis terpaksa terlebih dahulu menghantar laporan siasatan mereka kepada Pendakwa Raya - seksyen 4(7). Sebaik-baik sahaja menerima laporan siasatan polis itu, Pendakwa Raya boleh memohon perintah Mahkamah supaya peranti letronik itu dipakai oleh individu tersebut bagi satu tempoh tidak melebihi 28 hari - seksyen 4(8). Prosedur pemasangan peranti letronik itu dihuraikan dalam seksyen 7. Mahkamah dikehendaki menjelaskan kepada individu berkenaan terma dan syarat pemakaian peranti itu. Andainya orang itu gagal atau ingkar mematuhi terma dan syarat yang dikenakan, dia melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun - seksyen 7(6). Andainya individu berkenaan merosakkan atau menjahanamkan alat letronik berkenaan, itu juga adalah satu kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun, selain terpaksa membayar ganti rugi kerana kerosakan atau kemusnahan alat berkenaan - seksyen 7(7). Di akhir tempoh pemasangan alat itu, orang itu hendaklah menghadirkan dirinya di balai polis yang terdekat supaya alat itu boleh dilucutkan daripadanya - seksyen 7(8). Semua kes kesalahan keselamatan hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi - seksyen 12. Apabila seorang itu dituduh melakukan kesalahan keselamatan, dia tidak boleh dilepaskan dengan jamin (bail), kecuali dalam kes-kes tertentu andainya dia berusia kurang daripada 18 tahun, seorang wanita atau seorang yang uzur - seksyen 13. Dalam keadaan sedemikian, alat letronik akan dipasang padanya sekiranya ada permohonan daripada Pendakwa Raya. Setakat yang diketahui pada masa ini, prosedur di atas belum lagi dilaksanakan pada mana-mana orang tertuduh. Keberkesanan SOSMA juga belum diuji sepenuhnya pada masa ini. Sama-sama kita tunggu dan lihat sama ada protes jalanan yang disebut-sebutkan oleh elemen anarkis itu akan berlaku. Andainya apa yang kita khuatiri ini benar berlaku, kita tunggulah pula apa tindakan yang akan dijalankan oleh pihak polis. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang baru telah pun menyatakan beliau serahkan semua tindakan membanteras elemen anarkis ini kepada kebijaksanaan PDRM. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Rencana To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |