{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


RM3 juta kajian mengenai produk kenaf

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

AHMAD Loman menunjukkan kemahiran memandu kereta pembajak ketika Majlis Perasmian Menanam Kenaf di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 3 Jun - Kerajaan menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menjayakan projek kajian pelan induk pembangunan kenaf di negara ini.

Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Datuk Ahmad Loman berkata, kajian itu sedang berjalan dan akan diketahui hasilnya hujung bulan ini.

Beliau berkata, kajian itu dilakukan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa dan mempunyai pengalaman luas dalam membuat kajian.

"Kajian tersebut meliputi cara penanaman, penuaian dan penghasilan produk berasaskan kenaf untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

"Hasil kajian tersebut akan diguna pakai bagi menentukan hala tuju tanaman dan industri kenaf di negara ini pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Perasmian Menanam Kenaf di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, dekat sini hari ini.

Ahmad berkata, pihaknya memberi tumpuan terhadap pembangunan industri kenaf kerana hasil tanaman itu boleh digunakan dalam industri pemotoran, tekstil, bahan komposit dan penerbangan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, pihaknya merancang mengeksport hasil keluaran kenaf ke luar negara.

"Buat masa ini kita sedang berusaha dan berunding dengan syarikat dari Jepun dan Australia yang berminat membeli produk gentian fiber yang diperbuat daripada kenaf.

"Kita masih lagi menghadapi beberapa masalah terutama dari segi kualiti yang masih rendah dan aspek kebersihan yang perlu dipenuhi untuk tujuan eksport ke luar negara," katanya.

Menurut beliau, pihaknya sedang berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti serta apek-aspek lain dalam industri kenaf bagi memenuhi piawaian antarabangsa.

Polis perlu peka isu semasa

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com

KUALA TERENGGANU 3 Jun - Setiap anggota polis perlu sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa khususnya yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi memudahkan mereka menyalurkan maklumat yang tepat kepada orang awam.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, Seminar Hala Tuju Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pasca PRU-13 yang diadakan di sini hari ini dikhaskan kepada mereka agar lebih peka.

Katanya, dalam seminar itu, pihaknya mengupas dan mengulas apa yang telah terjadi pada PRU yang lalu terutamanya dalam aspek keselamatan khususnya sebagai rujukan polis di negeri ini.

"Kita akan dedahkan pengetahuan kepada para pegawai serta anggota berkaitan perkembangan semasa atau 'trend' baharu yang berlaku dalam masyarakat kita dalam menerima keputusan PRU yang lalu.

"Pendedahan itu penting bagi membolehkan mereka mendapat fahaman yang betul dengan menilai balik apa yang telah berlaku pada PRU-13 dan membuat penambahbaikan untuk menghadapi PRU-14 nanti.

"Selain itu, kita tak nak mereka ini (pegawai polis) terpengaruh sebaliknya dapat memberi tunjuk ajar kepada anak-anak buah masing-masing dalam menjalankan tugas supaya setiap maklumat yang kita nak sampaikan nanti seia dan sekata," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar berkenaan yang dihadiri hampir 200 anggota polis pelbagai pangkat di Hotel Permai di sini hari ini.

Yang turut hadir ketua-ketua jabatan di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Terengganu, ketua-ketua polis daerah dan timbalan masing-masing, ketua bahagian pentadbiran balai polis daerah, ketua polis balai serta pegawai penyelia yang berkenaan.

Ahli panel yang terlibat dalam mengendalikan seminar itu termasuklah Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Mohd. Jamil; Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin serta beberapa pegawai termasuk dari cawangan Polis Bukit Aman.

Dalam pada itu, Jamshah memberitahu, pihaknya turut menjemput bekas-bekas pegawai polis yang telah bersara untuk turut serta dalam seminar tersebut.

"Mereka ini (pegawai polis yang telah bersara) juga akan memberi input dari perspektif masyarakat terhadap pihak polis memandangkan mereka kini berada dalam kelompok orang awam," ujar beliau.

Fiesta Makanan Popular Kelantan diteruskan - FAMA

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

KOTA BHARU 3 Jun - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berpuas hati dengan sambutan oleh rakyat Kelantan terhadap Fiesta Makanan Popular Kelantan 2013 yang diadakan dari 24 Mei hingga 1 Jun lalu di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini.

Pengarah FAMA Wilayah Timur, Mohd. Ariffin Awang berkata, fiesta yang berlangsung selama sembilan hari itu berjaya menarik bukan sahaja rakyat tempatan malah turut mendapat perhatian daripada pengunjung luar negeri.

Beliau berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan dianggarkan hampir 2,000 pengunjung hadir pada program tersebut setiap malam untuk menikmati makanan popular Kelantan.

"Kami juga menyediakan aktiviti seperti persembahan dikir barat untuk menghiburkan pengunjung terutama pengunjung luar di fiesta makanan tersebut.

"Pelbagai jenis bunga terutama orkid dan landskap juga turut disediakan sebagai pilihan kepada pengunjung untuk mencantikkan kawasan kediaman," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Ariffin berkata, memandangkan kejayaan dan sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Kelantan, pihaknya merancang mengadakan lagi program seumpama itu pada masa depan.

Katanya, program tersebut dapat menambah pendapatan usahawan dan peladang di samping memberi lebih banyak ruang kepada mereka untuk memasarkan produk tempatan.

"Pihak kami bercadang meneruskan program sebegini sebanyak enam kali setahun pada setiap tahun agar pendapatan peserta meningkat," ujarnya.

Menurut Mohd. Ariffin, sebanyak 800 gerai menawarkan pelbagai jenis makanan popular dan tradisional, buah-buahan, sayur-sayuran serta bunga perhiasan.

"Harga yang ditawarkan kepada pengunjung juga amat murah dan berpatutan kerana produk-produk tersebut diambil terus dari ladang," jelasnya.

Tambahnya, RTC berjaya menjadi sebuah pusat yang dapat menjana ekonomi setiap peladang selain meningkatkan ekonomi negeri.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat