Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
Penuntut IPTS warga asing ditahan, dadah bernilai RM120,000 dirampas Posted: 17 Apr 2013 03:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang kekasih warga asing dan merampas Methamphetamine bernilai RM120,000 di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Razak di sini Ahad lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, lelaki Nigeria berusia 26 tahun dan wanita Madagascar berusia 23 tahun itu, yang juga penuntut institusi swasta, dipercayai aktif dalam pengedaran dadah di sekitar kawasan Kuala Lumpur sejak dua bulan lalu.
Ketika memeriksa pangsapuri itu, Wan Abdullah berkata, polis menemui beberapa bungkusan plastik dipercayai mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat satu kilogram. Menurutnya, polis turut menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan serta dua wanita Vietnam yang berusia antara 23 dan 40 tahun yang dipercayai pelanggan pasangan itu. "Ujian air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif Methamphetamine," katanya. Wan Abdullah berkata, kesemua mereka direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA |
BN Pulau Pinang akan bertemu ahli tak terpilih jadi calon Posted: 17 Apr 2013 03:11 AM PDT NIBONG TEBAL: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan bertemu dengan anggota parti yang tidak terpilih sebagai calon, tetapi berperanan penting pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini, untuk mengajak mereka bekerjsama berkempen demi BN. Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata BN Pulau Pinang juga mahu meyakinkan mereka ini supaya tidak memprotes dengan bertanding atas tiket bebas atau parti pembangkang.
Beliau berkata mereka yang tidak terpilih sepatutnya membantu jentera BN bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih yang dimuktamadkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dari kalangan anak tempatan yang dikenali pengundi dan bekerja keras untuk parti. "Mereka ini bertanding atas tiket BN, bukannya peribadi. Kita hendak menangkan kerajaan, bukannya individu," katanya. Beliau turut mengulas kenyataan bekas Timbalan Menteri Pertanian Datuk Seri Mohd Sharif Omar yang mengumumkan mahu bertanding di kawasan Parlimen Tasek Gelugor pada PRU-13 ini walaupun beliau tidak terpilih sebagai calon BN. Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata Mohd Sharif perlu memberi peluang kepada anak-anak didiknya yang dipilih sebagai calon di kawasan itu kali ini kerana sebelum ini mereka banyak membantu beliau semasa menjadi calon dahulu.
"Calon-calon di kawasan Parlimen Tasek Gelugor itu semuanya anak didik beliau (Mohd Sharif) terdiri daripada pegawai dan ketua wanita yang ketika beliau bertanding merupakan orang kuat menjalankan kerja jentera parti bagi memastikan kemenangannya," jelas Zainal Abidin. - BERNAMA
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |