{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Syor universiti sukan di Melaka

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

Para pelumba berusaha melepasi halangan semasa berbasikal pada Program Jambori Mini Berbasikal PKNM di Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.

MELAKA 15 April - Kerajaan negeri mencadangkan penubuhan sekolah dan universiti sukan di negeri ini dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet serta membangunkan bidang tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, langkah itu juga penting dalam membantu melahirkan atlet berkemahiran bagi melonjakkan pencapaian bidang sukan negeri.

''Pelbagai inisiatif telah dicadangkan termasuk penubuhan sekolah dan universiti sukan di negeri ini bagi merealisasikan hasrat tersebut.

''Usaha yang diambil diharap dapat menjadikan atlet sukan lebih fokus dan dapat memperbaiki segala kelemahan seterusnya meningkatkan kualiti diri sejajar dengan pengalaman yang diperoleh," katanya.

Beliau berkata demikian sebelum merasmikan Program Jambori Mini Berbasikal Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) 2013 di pekarangan bangunan PKNM, Ayer Keroh di sini semalam.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan.

Jambori berbasikal dengan kerjasama Kelab Berbasikal Tasik Utama (TUCC) itu disertai seramai 570 peserta pelbagai peringkat usia dan bangsa.

Pada program itu, para peserta perlu melalui jarak kayuhan sejauh 48 kilometer merangkumi 60 peratus laluan on-road dan 40 peratus off-road.

Jelas Mohd. Ali, program yang dianjurkan itu bertujuan memastikan masyarakat dapat melibatkan diri dalam program pembangunan sukan yang dirancang.

Perkenal program perintis kitar semula

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

MELAKA 15 April - SWM Environment Sdn. Bhd. bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) negeri memperkenalkan program perintis Kitar Semula Selangkah ke Universiti dalam menyahut saranan kerajaan negeri bagi membudayakan teknologi hijau.

Program yang turut mendapat kerjasama daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klebang Besar itu mempraktikkan program kitar semula selama sebulan melibatkan para pelajar tingkatan lima.

Pengurus SWM Environment negeri, Hisham Hussin berkata, program itu bertepatan dengan pembudayaan pengasingan sisa dari sumber yang cuba diketengahkan melalui Akta 672, Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

Menurutnya, program tersebut merupakan alternatif bagi menanam sikap menabung dalam kalangan pelajar menggunakan wang hasil jualan kitar semula untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

"Kita sedia maklum pembukaan akaun SSPN-i adalah serendah RM20 di mana terdapat pelbagai kemudahan dan kelebihan seperti kelayakan permohonan pinjaman pelajaran PTPTN, pengecualian cukai dan sebagainya.

"Selain mengeluarkan wang sendiri untuk membuka akaun ini, pihak SWM cuba menerapkan alternatif menabung melalui sisa-sisa terbuang yang boleh dikitar semula," katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Klebang Besar, Azallah Mohd. Salleh berkata, program itu dilihat membantu pelajar membuat persediaan dan perancangan menyimpan wang bagi melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.

"Selain daripada itu, pelajar juga tidak perlu meminta duit daripada ibu bapa atau penjaga untuk membuka akaun ini dan menggunakan wang hasil daripada jualan barang kitar semula," ujarnya.

RM2.13 juta dikutip menerusi caj warisan dalam masa tiga bulan

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]MELAKA 15 April - Sejumlah RM2.13 juta berjaya dikutip oleh kerajaan negeri menerusi caj-caj warisan melibatkan sebanyak 107 buah hotel dan calet bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa...

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat