{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Dunia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Dunia


Korea Utara sekali lagi ancam serang Korea Selatan

Posted:

Korea Utara sekali lagi ancam serang Korea Selatan

Korea Utara sekali lagi ancam serang Korea Selatan


GAMBAR fail menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan membakar patung-patung bekas pemimpin dan pemimpin terkini Korea Utara di Seoul kelmarin.


SEOUL - Tentera Korea Utara semalam mengancam akan melancarkan tindak balas yang membawa kemusnahan besar ke atas Korea Selatan.

Bagaimanapun, tindak balas itu tidak akan berlaku jika Korea Selatan meminta maaf ekoran tindakan para penunjuk perasaan yang membakar patung pengasas negara tersebut.

Para penunjuk perasaan itu membakar patung pengasas negara komunis Korea Utara, Kim Il-sung.

Mereka juga membakar patung anak Il-sung, Kim Jong-il dan pemimpin negara itu ketika ini, Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Tunjuk perasaan itu diadakan pada Isnin lalu yang dihadiri oleh 40 orang.

Ia diadakan ketika Korea Utara meraikan ulang tahun kelahiran Il-sung yang juga datuk kepada Jong-un.

"Tindak balas kami akan bermula tanpa sebarang notis," kata kenyataan yang dikeluarkan Pemerintah Tertinggi Tentera Rakyat Korea Utara.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan, kata dua Korea Utara itu amat dikesali dan ia berjanji untuk turut bertindak balas terhadap sebarang serangan. Ketegangan di Semenanjung Korea ketika ini meningkat selepas Korea Utara membuat ancaman untuk menyerang Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Ancaman itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaksanakan sekatan barang mewah ke atas Korea Utara selepas negara tersebut melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu.

Amaran terbaharu itu dikeluarkan sehari selepas Setiausaha Negara AS, John Kerry menamatkan lawatannya ke negara-negara Asia Timur yang bertujuan untuk meredakan ketegangan ketenteraan di Semenanjung Korea.

Kerry juga berusaha meminta China untuk bertindak meredakan ketegangan kerana Korea Utara merupakan sekutu utamanya. - Agensi

Hakim hukum diri sendiri, bayar denda

Posted:

Hakim hukum diri sendiri, bayar denda

Hakim hukum diri sendiri, bayar denda

IONIA, Michigan - Seorang hakim di Amerika Syarikat (AS), Raymond Voet membayar denda sebanyak AS$25 (RM76) ekoran perbuatannya sendiri.

Voet membayar denda itu kerana beliau menghina mahkamah selepas bunyi telefon pintarnya mengganggu perbicaraan yang dikendalikannya.

Portal berita Sentinel-Standard of Ionia and MLive.com melaporkan, Voet telah melaksanakan peraturan bahawa pemilik peralatan elektronik akan dikenakan tindakan menghina mahkamah jika gajet mereka mengeluarkan bunyi sekali gus mengganggu perbicaraan.

Namun, pada Jumaat lalu, telefon pintar baharu Voet berbunyi semasa beliau menghakimi satu perbicaraan.

"Saya berasa terlanggar telefon itu dan ia mula mengeluarkan bunyi bising," katanya.

Bunyi itu meminta supaya arahan bersuara diberikan.

Menurut Voet, beliau sebelum ini menggunakan telefon BlackBerry. Menurutnya dia tidak biasa dengan operasi telefon baharu yang mempunyai skrin sesentuh.

"Ia merupakan satu alasan tetapi saya tidak akan menerima alasan seperti itu.

"Mahkamah merupakan tempat serius yang perlu dihormati," kata hakim tersebut.

Semasa waktu perbicaraan berhenti rehat, Voet menjatuhkan hukuman menghina mahkamah terhadap dirinya sendiri dan membayar denda tersebut.

"Hakim-hakim merupakan manusia. Mereka tidak berada di atas undang-undang.

"Saya melanggar undang-undang dan saya perlu hidup dalam peraturan," katanya. - AP

Ibu lacur anak dihukum penjara sembilan tahun

Posted:

Ibu lacur anak dihukum penjara sembilan tahun

Ibu lacur anak dihukum penjara sembilan tahun

SYDNEY - Seorang wanita kelahiran Thailand dipenjarakan di Australia semalam kerana melacurkan seorang anak perempuannya sejak berusia sembilan tahun.

Wanita berusia 41 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun di Mahkamah Tinggi Brisbane selepas dia mengaku bersalah terhadap 20 pertuduhan termasuk penyeludupan kanak-kanak dan pelacuran.

Mahkamah diberitahu bahawa wanita tersebut mengusahakan perniagaan urut di pinggir Runcorn. Pada tahun 2004, anaknya itu dihantar untuk bercuti selama enam minggu ke Australia.

Wanita tersebut kemudian mengajar anaknya itu cara-cara untuk mengurut dan melakukan hubungan seks.

Dia juga memaksa anak perempuannya itu untuk melihatnya melakukan perlakuan seks.

Menurut pendakwa raya, Todd Fuller, adalah munasabah nenek budak tersebut yang datang bersamanya ke Australia dari Thailand pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki semasa mereka melawat negara ini.

Apabila budak perempuan tersebut berusia 11 tahun, ibunya membawa anaknya itu berpindah ke Australia untuk bekerja sebagai pelacur sepenuh masa. - Agensi

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat