{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Polis yakin hari penamaan calon berjalan lancar: Ketua Polis KL

Posted: 19 Apr 2013 03:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh yakin hari penamaan calon esok akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekacauan.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyediakan anggota yang mencukupi untuk kawalan di dalam dan di luar Pusat Penamaan Calon bagi menentukan keselamatan calon-calon serta memastikan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Kita juga mempunyai 'Pelan Kontigensi' tersendiri dalam menangani masalah di luar jangkaan kerana pegawai dan anggota yang dilantik itu telah diberi kursus yang cukup bagi menghadapi sebarang keadaan.

"Saya berharap semua pihak akan mematuhi peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah pun ditaklimatkan kepada calon-calon parti yang bertanding," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohmad juga menegaskan tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa yang cuba mengganggu proses penamaan calon, mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan juga undang-undang lain yang berkaitan.

"Bakal calon turut diingatkan supaya tidak membawa penyokong yang terlalu ramai bagi mengelakkan kesesakan di pusat berkenaan," katanya sambil menambah agar tidak membawa sebarang senjata berbahaya atau bahan letupan. - BERNAMA

PRU13: Pusat penamaan calon di seluruh negara dibuka 9 pagi esok

Posted: 19 Apr 2013 03:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kesemua 222 pusat penamaan calon di seluruh negara bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dibuka pada 9 pagi esok selama sejam sebelum ditutup pada jam 10 pagi.

Proses penamaan calon bermula dengan calon menyerahkan kertas pencalonan masing-masing untuk merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU13, 5 Mei ini.

Pegawai pengurus pilihan raya kemudiannya akan menyemak setiap kertas penamaan yang diterima dan akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding sebaik semua urusan semakan selesai.

Untuk PRU13, buat pertama kalinya tidak ada lagi tempoh bantahan selama sejam dan penarikan balik pencalonan, sesuai dengan peraturan 9, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan)(No.2) 2012 yang berkuat kuasa 27 April 2012.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 Mei sebagai tarikh pengundian, dengan calon mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen, bermula esok selepas proses penamaan calon. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat