Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 18 Apr 2013 03:43 PM PDT Klang: Hanya kerana dituduh mencuri kasut bola milik seniornya, seorang pelajar sebuah sekolah sukan di Seksyen 11, Shah Alam terpaksa menanggung derita apabila dipukul, disepak, dipijak dan ditumbuk kira-kira 20 pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan hingga separuh nyawa, malam kelmarin. Dalam kejadian antara jam 11.30 malam hingga 1 pagi itu di blok asrama sekolah berkenaan, mangsa Kamarul Aiman Kamarul Hadi, 13, hanya dapat menahan kesakitan akibat dibelasah menggunakan batang penyapu selain dipijak menggunakan kasut bola tanpa belas kasihan.
Akibatnya, Aiman kini terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, berikutan kecederaan serius pada rusuk kanan dan tidak boleh bergerak menyebabkan dia ini masih dirawat di hospital.
RUSUK kanan Kamarul Aiman cedera dibelasah 20 pelajar. "Saya bergegas membawanya ke klinik kesihatan berhampiran sebelum doktor meminta saya untuk menghantarnya ke HTAR berikutan kecederaan yang dialaminya serius dan dia juga sukar untuk berjalan," katanya kepada Harian Metro, semalam.
Katanya, pihak sekolah sudah memanggil pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan ada antara mereka yang mengaku membelasah Aiman pada malam kejadian.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |