Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
Posted: 20 Apr 2013 03:02 AM PDT KUALA LUMPUR: MCA akan memecat ahlinya, Yoong Tham Fook yang bertanding atas tiket Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN), Kuala Kubu Bharu. Presiden parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, tindakan Tham Fook atau mana-mana ahli yang berbuat demikian ternyata melanggar perlembagaan parti dan tidak ada sebarang tolak ansur dalam perkara itu.
|
PRU13: Calon Bebas warnai pilihan raya kali ini Posted: 20 Apr 2013 02:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang selesai hari ini mencatat sejarah tersendiri dalam landskap pilihan raya negara ini berikutan kemunculan paling ramai calon Bebas. Jika sebelum ini, kehadiran calon Bebas lebih banyak mewarnai pilihan raya di Sabah dan Sarawak, namun kali ini fenomena sama turut berlaku di negeri di Semenanjung. Kerusi paling ramai menyaksikan calon bertanding ialah dua DUN Sabah iaitu Kalabakan dan Sulabayan, yang membabitkan pertandingan tujuh penjuru. Sepuluh DUN pula menyaksikan pertandingan enam penjuru iaitu lima di Sabah, dua di Selangor serta masing-masing satu DUN di Pulau Pinang dan Kedah. Pertandingan lima penjuru antara lain berlaku di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, manakala pertandingan tiga dan dua penjuru boleh dikatakan berlaku di setiap negeri. Pertandingan banyak penjuru itu kebanyakannya berikutan kemunculan calon ramai Bebas yang antara lain berpunca daripada rasa tidak puas hati ahli sesuatu parti dengan pencalonan yang diputuskan oleh kepemimpinan parti atau kecewa selepas tidak dicalonkan. Selain kemunculan ramai calon Bebas dan pertandingan banyak penjuru, `kejutan' lain pada PRU kali ini ialah tindakan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar. Turut mencuri tumpuan ialah pencalonan penyanyi 80-an, Herman Tino sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen Tanjung Karang, penyanyi Dayang Ku Intan yang bertanding atas tiket PKR di Parlimen Pengerang dan Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin atas tiket PAS di Parlimen Jempol. Kerusi tumpuan lain termasuk Parlimen Pekan, tiada berlaku kejutan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditentang satu lawan satu dengan oleh calon PKR, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan calon PAS di Pagoh. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berdepan pertandingan tiga penjuru di Parlimen Permatang Pauh dengan calon BN, Dr Mazlan Ismail dan wakil Bebas, Dr Abdullah Zawawi Samsudin. Di Parlimen Keningau, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS-BN), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ditentang oleh oleh adiknya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan daripada Parti Reformasi Sabah (STAR) serta Stephen Sandor (PKR). Secara keseluruhannya, hari penamaan calon PRU13 berjalan lancar dan tiada kejadian diingini dilaporkan berlaku. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |