Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 19 Apr 2013 12:08 PM PDT "Nama saya memang Bintang Tiga hingga menjadi bahan sindiran segelintir rakan ketika di bangku sekolah, malah pernah terfikir mengubah nama beberapa kali tanpa pengetahuan keluarga kerana kecewa dengan nama ini. "Ini kerana nama Bintang Tiga sinonim dengan pengganas komunis menyebabkan saya sering digelar anak komunis oleh rakan sekolah," kata duda anak satu yang memiliki nama unik, Bintang Tiga Ab Sukor, 26, ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bendahara di sini, semalam.
Bagaimanapun, menurutnya, selepas tamat sekolah, dia sering menjadi perhatian setiap kali menghadiri temu duga mencari kerja.
Menurut Bintang Tiga, dia juga dikenali di tempat kerja kerana memiliki nama unik.
"Saya menempuh pelbagai dugaan sama seperti manusia lain dan ia bukan berpunca daripada nama ini. Buat masa ini, saya tidak berhasrat menukar nama," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |