{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Tambahan 1,000 lagi anggota URB tahun ini - Najib

Posted: 26 Apr 2013 03:16 AM PDT

Ipoh: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penambahan 1,000 lagi anggota unit rondaan bermotosikal (URB), tahun ini.

Perdana Menteri berkata, ia selaras dengan Akujanji manifesto Barisan Nasional (BN) untuk menambah anggota URB kepada 5,000 anggota.

Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaik taraf perumahan keluarga di Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, dalam tempoh terdekat.

PRU13: SKMM terima 10 laporan sebar SMS palsu sepanjang kempen

Posted: 26 Apr 2013 03:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 10 laporan berhubung penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu sepanjang tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13) setakat ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan pemantauan rapi untuk mengenal pasti dalang serta motif penyebaran SMS terbabit.

"Ada beberapa kemungkinan yang berlaku di mana mereka menerima 'SMS Spam', malah ada juga masyarakat yang turut menerima 'SMS Spoofing' dengan menggunakan nombor palsu dan kita sedang menyiasat perkara ini," katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menjadi panel jemputan dalam program 'Bernama Today' terbitan BernamaTV di Wisma Bernama.

Mohamed Sharil berkata, individu yang didapati menggunakan Internet atau telefon untuk menyebar maklumat atau berita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika disabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Sharil turut menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak di luar kawalan ketika menggunakan Internet dan laman sosial kerana ia akan mendatangkan kemudaratan kepada diri dan mengancam keselamatan negara.
"Dalam keghairahan musim pilihan raya ini masyarakat perlu bertindak secara sopan ketika menggunakan Internet dan laman sosial...janganlah mencerca, menimbulkan kekacauan dan menyebarkan berita-berita palsu dalam talian.

"Negara kita mempunyai undang-undang dan perlembagaan maka sebelum menghantar sebarang maklumat fikir sama ada maklumat itu benar atau palsu dan cuba bertindak secara berhemah," katanya.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membendung penyebaran sebarang maklumat atau SMS palsu yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat