Utusan Online - Selatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Selatan |
14,141 terima bantuan JKM RM3.73 juta di Melaka Posted: 25 Apr 2013 01:10 PM PDT MELAKA 25 April - Sebanyak 14,141 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima bantuan bernilai RM3.73 juta bagi bulan Mei di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, bantuan yang diberikan secara bulanan itu meliputi penerima dari 13 buah Dewan Undangan Negeri (DUN) sekitar daerah Melaka Tengah. Menurut beliau, di Ayer Molek sahaja peruntukan sebanyak RM33 juta diberikan manakala di seluruh negeri ini, sebanyak RM84 juta merangkumi RM11 juta daripada peruntukan kerajaan negeri di salurkan kepada kira-kira 29,000 penerima bantuan JKM. "Sebelum ini, bantuan bulanan hanya melibatkan 11,000 penerima sahaja tetapi kini melebihi jumlah 29,000 orang. "Bantuan yang diberikan kerajaan ini diharapkan akan sentiasa disyukuri mereka yang layak menerima dan diharapkan mereka dapat meningkatkan taraf hidup dan terkeluar dari kepompong kemiskinan pada masa akan datang," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan JKM kepada 1,008 penerima di Japerun, Ayer Molek, di sini hari ini. Turut hadir calon BN DUN Air Molek, Md. Yunos Husin. Mohd. Ali yang juga Pengerusi Barisan Nasional negeri mengingatkan jentera parti sentiasa berwaspada dengan sebarang kejadian yang tidak diduga. Katanya, beberapa insiden keganasan yang berlaku sepanjang tempoh berkempen perlu dielakkan supaya kelancaran kempen dapat dijalankan dengan teratur. "Rakyat hendaklah sentiasa menghormati tatasusila dan undang-undang negara supaya kempen berjalan lancar sesuai dengan semangat demokrasi di negara ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |