{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Kempen secara sihat, kawal emosi: Najib

Posted: 24 Apr 2013 03:54 PM PDT

Keningau: Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan pihak tertentu mencetuskan beberapa kejadian sehingga mencemarkan kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Merujuk kepada kejadian letupan di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal, dan Bilik Gerakan BN di Sekinchan yang dilempar bom petrol, Perdana Menteri berkata, ia boleh dielakkan jika semua pihak mengawal perasaan serta berkempen secara sihat.

Sepatutnya tak berlaku. Kita boleh bersaing tetapi biarlah secara sihat. (Semua pihak) kena menunjukkan amalan demokrasi yang boleh dijadikan teladan kepada orang lain.

Saya kesal dengan kejadian yang berlaku dan berharap semua pihak membendung perasaan supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini, katanya selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kompleks Sukan Keningau di sini, semalam.

Tak bentang kad laporan

Beliau juga membidas pakatan pembangkang yang tidak berani berhadapan dengan rakyat untuk membentang kad laporan pencapaian empat negeri yang mereka tadbir sejak lima tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, pembangkang di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sering melaungkan kononnya mereka berjaya mentadbir negeri dengan baik, namun tiada inisiatif membentang kad laporan disebabkan takut kerana sudah mengecewakan rakyat.
Hari ini, rakyat di empat negeri itu nak tukar kerajaan... mereka merasai sudah cukup masa diberi kepada pembangkang.

Sebaliknya BN tunjukkan kad laporan kepada rakyat. Tiada kerajaan di dunia yang ketua kerajaannya tampil buat siaran langsung membentangkan pencapaian supaya rakyat dapat boleh menilai kad prestasi Kerajaan BN dalam tempoh empat tahun, katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga calon BN Parlimen Keningau dan DUN Tambunan, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup serta semua calon BN dalam Parlimen ini dan Pensiangan.

DAP kena perjelas

Najib yang berkata, DAP perlu menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din kelmarin yang bertegas PAS tetap melaksanakan hudud jika mengambil alih kerajaan walaupun ditentang rakan sekutunya itu.

Ini bukan soal logo, ini soal pendirian dan ideologi... tiada petanda menunjukkan DAP boleh terima, DAP kena buat kenyataan jika tidak bukan Islam akan mempersoalkan pendirian mereka, katanya.

Di Ranau, Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak akan melutut kepada mana-mana negara untuk memohon bantuan kewangan bagi membiayai projek pembangunan dan bantuan kepada rakyat kerana negara mempunyai simpanan mencukupi.

Ketepi hal remeh-temeh: PM

Posted: 24 Apr 2013 03:54 PM PDT

Pekan: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengingatkan pengundi supaya tidak menjadikan hal kecil sebagai aspek memesongkan sokongan kepada BN.

Katanya, aspek paling utama ialah pembentukan Kerajaan BN yang kukuh dengan majoriti dua pertiga di Parlimen bagi memastikan pembangunan lebih cemerlang pada masa depan.

Pengerusi BN berkata, hal kecil seperti kolong laluan air atau titi yang belum dipasang kampung tertentu, tidak seharusnya dijadikan faktor mereka mengalihkan sokongan kepada pembangkang.

Janganlah ada kolong atau titi kecil yang belum dibuat di depan rumah atau jalan masuk ke kampung dijadikan perkara yang boleh memesongkan sokongan kita kepada BN.

Utama isu besar

Kita harus fikir soal lebih besar daripada soal titik bengik, perkara yang menyebabkan kita mengalih sokongan kita kepada BN, katanya berucap ketika melawat Bilik Gerakan BN Kampung Serambi, dekat sini.

Turut hadir, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar, Mohd Fakhruddin Mohd Ariff.
Najib berkata, beliau secara kebetulan calon Parlimen Pekan yang bertanggungjawab memastikan kemenangan BN secara keseluruhannya sejajar jawatan beliau sebagai Pengerusi BN.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi di Parlimen Pekan supaya tidak menjadikan hal remeh-temeh yang boleh menjejaskan pembangunan negara di bawah pentadbiran beliau pada masa depan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat