Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 25 Apr 2013 04:14 PM PDT Pekan: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengorbankan prinsip Islam berbanding pembangkang yang berdolakdalik dalam hal agama demi kepentingan politik. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menegaskan, meskipun BN dianggotai parti komponen yang mempunyai ahli bukan Islam, BN ditunjangi UMNO tegas mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Sebaliknya, pembangkang tidak konsisten mempertahankan isu berkenaan sematamata untuk meraih keuntungan politik meskipun menyedari kalimah Allah tidak boleh dipermainmainkan, apatah lagi untuk kepentingan politik sematamata. Najib berkata, BN menaik taraf manifesto parti sebagai aku janji kerana setiap janji kepada rakyat bukan setakat dinilai orang ramai, lebih utama dinilai dan dihitung Allah di akhirat. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Posted: 25 Apr 2013 03:56 PM PDT Pekan: Kerajaan Barisan Nasional (BN) cekap mengurus tadbir ekonomi terutama menarik kemasukan pelaburan langsung asing ke negara ini demi kemajuan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, kerajaan BN juga bertindak pantas merebut peluang perniagaan serta menye-diakan pakej pelaburan menguntungkan kedua-dua pihak melalui pelbagai insentif.
Mengambil contoh tindakannya bertemu kepemimpinan tertinggi Volkswagen di Eropah pada pertengahan 2010 untuk meyakinkan mereka mengadakan usaha sama dengan DRB-HICOM Bhd (DRB-HICOM), katanya, usaha itu berjaya menarik FDI syarikat berkenaan di sini. Saya amat ingat permintaan DRB-HICOM supaya saya campur tangan untuk menarik Volkswagen ke Pekan. Saya senang hati mengetepikan keterujaan cuti tahunan saya untuk berjumpa pengurusan tertinggi syarikat Jerman berkenaan. Lulus segera
Hari ini kita berbangga melihat kereta Mercedes-Benz dan Volkswagen meluncur di jalan raya kita hasil pemasangan DRB-HICOM Pekan, katanya pada majlis ramah mesra dengan warga DRB-HICOM Pekan, di kompleks berkenaan, di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi DRB-HICOM, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil serta 3,000 warga DRB-HICOM Pekan. Najib turut menyampaikan sijil kepada enam pelajar cemerlang Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) yang mencapai Purata Gred Nilai Keseluruhan (CGPA) 3.7 ke atas, selain dua pelajar diterima menjalani latihan industri di Volkswagen Portugal dan enam anak warga kerja DRB-HICOM yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau berkata, hasil kesungguhan BN memajukan industri itu, DRB-HICOM sekarang menyediakan 3,200 peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar bandar ini dan daerah lain, selain membina ICAM yang mampu melahirkan tenaga mahir dalam bidang itu. Sarapan dengan penduduk Terdahulu, Perdana Menteri ketika berucap majlis bersarapan dengan lebih 1,000 penduduk di Pusat Daerah Mengundi Ketapang, dekat sini, menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti ujian peperiksaan dan rakyat akan memberikan markah kepada BN berdasarkan pencapaian selama ini. Turut hadir calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya, Datuk Sh Mohmed Fuzi Sh Ali dan DUN Bebar, Mohd Fakhruddin Mohd Ariff. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |