Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Timbalan Pengarah Kastam maut ditembak Posted: 25 Apr 2013 07:19 PM PDT ALLAHYARHAM Saharuddin Ibrahim ketika menghadiri majlis anjuran Jabatan Kastam baru-baru ini. PUTRAJAYA 26 April - Timbalan Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penunggang motosikal di sini pagi ini. Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya. Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia. Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara. - UTUSAN ONLINE |
Tiga ditahan bantu siasatan kes letupan di Jawi Posted: 25 Apr 2013 01:09 PM PDT PULAU PINANG 25 April - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes letupan semasa ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibong Tebal di Jawi di sini kelmarin yang mengakibatkan seorang petugas parti cedera. Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, kesemua lelaki terbabit ditahan dalam serbuan berasingan bermula malam tadi sehingga pukul 11 pagi ini di Georgetown, Seberang Perai Selatan dan Bukit Mertajam. "Siasatan awal mendapati, ketiga-tiga suspek berusia 25 hingga 41 tahun yang ditahan itu memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan memiliki bahan letupan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 10.15 malam itu, orang ramai yang menghadiri ceramah perdana anjuran BN Nibol Tebal gempar setelah berlaku insiden letupan mengakibatkan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Lima Kongsi, Zaidi Ramli, 35, cedera di betis kanan akibat terkena serpihan paip. Letupan berlaku di kawasan longgokan sampah terletak kira-kira 10 meter dari pentas utama berhampiran Bilik Gerakan Pilihan Raya BN Nibong Tebal. Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap di hadapan hampir 3,000 hadirin. Polis mengesahkan letupan berpunca daripada jerangkap letupan rekaan (IED) yang dipercayai didalangi kumpulan profesional untuk menakutkan orang ramai dan menimbulkan suasana huru-hara. Menurut Roslee, ketiga-tiga lelaki yang ditahan direman petang ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan. "Mereka tidak disahkan sebagai ahli mana-mana parti politik dan polis masih meneruskan usaha menjejaki beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut," katanya. Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6, Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman denda sebanyak RM10,000 atau tujuh tahun penjara atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Mengulas mengenai kekecohan ketika ceramah pembangkang di Sungai Gelugor malam tadi yang tidak mempunyai permit dan mengakibatkan seorang jurugambar dipukul, Roslee menjelaskan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Beliau turut meminta parti politik yang mahu mengadakan ceramah supaya memohon permit terlebih dahulu bagi memudahkan polis membuat pemantauan dan kawalan keselamatan di lokasi ceramah diadakan. "Sejak hari penamaan calon sehingga kini, polis telah menerima 119 laporan membabitkan pelbagai kesalahan pilihan raya, membuka 10 kertas siasatan dan memantau 212 ceramah termasuk 17 yang diadakan tanpa permit," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |