Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 17 Apr 2013 04:33 PM PDT FELDA United nafi keras dakwaan pihak pengurusan belanja besar Kuala Lumpur: Pihak pengurusan FELDA United, semalam tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu yang mengatakan mereka melakukan banyak pembaziran dana kewangan daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk mengendalikan pasukan itu dalam saingan Liga Super, musim ini. Setiausaha Kehormat FELDA United, Kamarruddin Mohamad sebaliknya berkata, mereka sebenarnya sedaya upaya untuk melakukan penjimatan kos dan dalam masa sama berusaha keras memperbaiki kedudukan pasukan kendalian K Devan itu yang kini menghuni tangga tiga tercorot Liga Super selepas 12 perlawanan.
"Kami juga bertindak mengambil tiga pemain tempatan baru - Azmi Muslim, K Rajan dan Mohizam Shah Dawood untuk memantapkan kembali pasukan pada pusingan kedua Liga Super. Kami pengurusan baru sedang berusaha keras memperbaiki pasukan, bukan sebaliknya," kata Kamarruddin ketika dihubungi, semalam. BH Sukan, semalam melaporkan dakwaan seorang individu yang rapat dengan pasukan bahawa FELDA United sedang menuju kehancuran dan bakal lenyap kerana banyak pembaziran berlaku di pihak pengurusan baru kelab Liga Super itu. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 17 Apr 2013 04:25 PM PDT Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memuji persembahan bekas penyerang Atletico SC, Ahmad Fakri Saarani (gambar) yang beraksi cemerlang dalam perlawanan menentang Sarawak pada suku akhir kedua saingan Piala FA, di Stadium Negeri, Petra Jaya, Sarawak, malam kelmarin. Selain Ahmad Fakri, jentera tengah Kelantan, Mohd Badhri Radzi dan Shakir Saari turut mendapat pujian daripada jurulatih berusia 41 tahun dari Croatia itu apabila berjaya menguasai permainan di bahagian tengah.
Bahagian tengah mantap "Barisan tengah saya juga berjaya menguasai permainan di bahagian tengah dan membuat banyak gerakan merbahaya. Ia terbukti apabila hasil gerakan Piya (Mohd Badhri) berjaya membuka ruang buat Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol pertama Kelantan. "Kami menguasai perlawanan di separuh masa pertama dan berjaya mendapatkan dua gol awal sekali gus memberi tekanan buat Sarawak. Kami bermain secara bertahan di separuh masa kedua kerana sudah mempunyai kelebihan gol," katanya, semalam. Kemenangan 2-0 ke atas Sarawak malam kelmarin membolehkan Kelantan mara dengan agregat 4-1 dan akan bertemu jiran tetangga Pantai Timur, Terengganu di peringkat separuh akhir 25 Mei ini.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |