{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Hati Nora jernih, tenang

Posted: 17 Apr 2013 05:17 PM PDT

Pelengkap hidup seorang wanita adalah apabila bergelar isteri dan ibu. Pengalaman ini pernah dirasai Nora Danish apabila memiliki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami, Jejai.

Kini perasaan yang sama dialami oleh Fasha Sandha yang selamat melahirkan anak lelaki, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, Isnin lalu.

Secara tidak langsung, kehadiran bayi comel itu turut membawa kegembiraan buat Putra Rayqal yang kini mendapat seorang adik lelaki.

Bahkan, di atas nikmat kesyukuran, Fasha dan Jejai sepakat menamakan anak mereka, Putra Rayfal yang nyata hampir sama dengan nama abangnya.


Bagaikan sudah menutup episod lalu, Nora juga dikhabarkan sudah menjalin hubungan 'jernih' dengan Fasha. Bahkan, dalam komen Fasha kepada media baru-baru ini, dia mengakui amat terharu dengan doa Nora buat dirinya.


Bahkan, keterbukaan Nora ketika ditanya mengenai Fasha yang baru selamat melahirkan anak berkata, dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya selamat.

"Alhamdulillah, selamat semuanya. Apapun, saya juga terkejut kerana Fasha dan Rizal menamakan anak mereka hampir sama dengan anak saya, Putra Rayqal Ramli.

"Apapun, kita harap yang terbaik buat semua," katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama terbarunya terbitan Cube Film Sdn Bhd, Ku Kejar Bintang arahan Michael Ang.

Ditanya mengenai penerimaan anaknya terhadap kehadiran adik baru, Nora berkata, soal itu boleh tanya kepada pihak sana. Bahkan menjawab pertanyaan sama ada dia akan menziarah Fasha, ujarnya ia bergantung pada kelapangan masanya. Bagaimanapun, buat masa ini jadual lakonannya cukup padat.

Pertama kali beraksi di sisi Randy

Bersemangat berbicara mengenai drama 13 episod lakonannya bersama Michael, pemilik nama sebenar, Nora Danish Mohd Hanif ini berkata, dia gembira kerana mendapat peluang berlakon di sisi aktor kacak Indonesia, Randy Pangalila.

Kata ibu tunggal berusia 31 tahun ini, biar pun pertama kali bekerjasama dengan Randy yang popular dan diminati ramai itu, ia nyata amat menyenangkan.

"Pengalaman berlakon bersama Randy, saya akui cukup seronok dan kami juga serasi. Pada saya, Randy seorang yang tidak cerewet. Berilah apa saja watak kepadanya, dia pasti melakukannya dengan baik.

"Pernah kami lakukan penggambaran di pasar bersama ayam, dia nyata tidak kekok dan tidak kisah dengan bau persekitaran yang tak menyenangkan itu," katanya.

Menurut Nora lagi, sikap Randy yang bersahaja serta merendah diri itu membuatkan dia mudah disenangi dan gembira bekerjasama dengannya.

Akan muncul dengan filem baru Mencari Cinta arahan Shirin Khuzaimi di pawagam pada 25 April ini, Nora buat julung kalinya juga digandingkan berlakon di sisi pelakon berpengalaman tanah air, Rusdi Ramli.

Katanya, berlakon di sisi Rusdi juga pada mulanya membuatkan dia berasa sangat segan. Menurut Nora, apatah lagi dia tidak pernah berjumpa dengan Rusdi sebelum itu. Apapun, dia tidak sangka mereka mampu mewujudkan keserasian yang baik.

"Memang tiada masalah pun di antara kami sepanjang menjayakan penggambaran filem Mencari Cinta itu. Sama ada saya mahu pun Rusdi, kami boleh bekerjasama dan saling memberikan komitmen.

"Kami juga ada berbincang. Malah, setahu saya lagi, Rusdi juga seorang yang teliti dan dia takkan melakukan sebarang babak itu secara melulu tanpa memikirkan logik," katanya.

Simpati dengan Rusdi

Mengulas mengenai kontroversi babak intim bersama Rusdi di dalam filem Mencari Cinta itu, Nora berkata, dia juga tidak sangka adegan berpeluk di atas katil itu akan menjadi hangat dan dikritik hebat.

Tanpa berselindung, katanya dia kasihan dengan Rusdi yang terpaksa berhadapan dengan kontroversi tak diundang itu apabila melakonkan babak berpelukan dengannya tanpa berbaju dalam filem berkenaan.

Nora yang mengakui sudah lali dengan gosip dan kontroversi memaklumkan sebagai seorang pelakon, dia cukup memahami situasi Rusdi yang tidak selesa dengan perkara itu dan berharap semoga pihak lain memberikan ruang untuknya bersendirian sehingga isu itu reda.

"Saya kasihan dengan Rusdi. Sebagai pelakon senior yang bersih daripada sebarang gosip atau kisah sensasi selama ini, pastinya dia berasa kurang senang dengan kontroversi yang terjadi.

"Berbanding diri saya yang sering dikaitkan dengan pelbagai gosip dan kisah sensasi, ia membuatkan diri ini menjadi lali. Saya sudah biasa dan sebab itu tak kisah sangat apabila kontroversi ini diperbesarkan.

"Saya percaya Rusdi mungkin terkejut dan tak tahu nak buat apa-apa hingga dia tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem ini," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem Mencari Cinta di Cathay Cineleisure E@Curve, Damansara, baru-baru ini.

Menyentuh soal dia yang dikatakan berbogel dalam filem itu, Nora berkata, sebagai wanita yang waras, dia pasti takkan berbuat demikian. Apatah lagi, ia membabitkan maruah diri juga.

Apapun katanya, apa yang dipersembahkan dalam filem Mencari Cinta itu hanyalah tuntutan watak Myra, seorang isteri yang mesra dengan suaminya, Razlan (Rusdi).

Ujarnya, apatah lagi hubungan Myra dan Razlan juga sebenarnya tidak baik pada awalnya kerana mereka terpaksa berkahwin atas kehendak keluarga tanpa bercinta dan mengenali antara satu sama lain.

Diterbitkan produksi Armnett Sdn Bhd dan Red Movies Sdn Bhd, filem romantik mengisahkan percintaan suami isteri selepas berkahwin itu turut dibintangi barisan pelakon seperti Fouziah Gous, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/17

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat