{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Conti taruhan Tok Gajah

Posted: 25 Apr 2013 04:02 PM PDT

Kuantan: Pahang memberi mesej jelas, semalam betapa mereka akan memastikan FELDA United akan pulang dengan tangan kosong dalam saingan Liga Super di Stadium Darulmakmur, malam ini.

Jurulatih skuad Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, komitmen dan semangat juang tinggi ditagih daripada semua pemain supaya lebih fokus untuk menampilkan aksi garang mengutip mata penuh di laman sendiri selepas kecundang kepada Johor Darul Takzim (DT) minggu lalu.

Tanpa sebarang pilihan kami harus menang esok (malam ini). Saya harap gandingan pemain mantap terutama jentera serangan diketuai Matias (Conti) dan Mohd Fauzi (Rozlan) dapat membolosi gawang lawan.

Tebus kekalahan

Kegagalan mereka menjaringkan gol pada pertemuan dengan Johor DT diharap ditebus esok untuk memastikan tiga mata menjadi milik skuad Tok Gajah, katanya semalam.

Namun, bekas pemain kebangsaan itu mengakui perancangan skuadnya terganggu berikutan beberapa pemain utama mungkin tidak dapat beraksi.

Dollah berkata, lebih mendebarkan ia membabitkan perancang tengah Amirul Hadi Zainal tidak dapat diturunkan kerana penggantungan satu perlawanan manakala Mohd Hafiz Kamal dan Azidan Sarudin baru pulih daripada demam.
Katanya, situasi tidak menentu skuadnya itu menyebabkan tumpuan kini terarah kepada semua pemain supaya lebih bersedia untuk berdepan Felda United.

Koo-Tan bertemu 'buku dengan ruas'

Posted: 25 Apr 2013 03:25 PM PDT

Kuala Lumpur: Selepas menang mudah dalam dua pusingan awal, pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan berdepan cabaran sebenar apabila menentang beregu Korea Selatan, Kim Ki Jung-Kim Sa Rang pada aksi suku akhir Terbuka India di New Delhi hari ini.

Berdasarkan rekod pertemuan, nyata ia tidak memihak kepada Kien Keat-Boon Heong apabila mereka tewas dalam kedua-dua pertemuan menentang lawan itu sebelum ini di Terbuka Malaysia 2010 dan Terbuka Jepun tahun lalu.

Saya harap Kien Keat-Boon Heong boleh melakukan kejutan dengan menewaskan beregu Korea Selatan itu. Ia penting untuk mengembalikan semula keyakinan mereka sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Dunia (di Guangzhou China, Ogos depan).

Saya mahu mereka fokus satu demi satu perlawanan dan jangan terlalu fikirkan mengenai peluang ke final. Saya mahu mereka beraksi tanpa tekanan, kata ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, beregu nombor dua dunia itu mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Surender Rathee-Neeraj Vashist 21-13, 21-8 pada pusingan kedua dalam tempoh hanya 18 minit semalam.

Iskandar gagal menyerlah

Bagaimanapun, jejak gemilang itu gagal diikuti beregu nombor dua negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong apabila tersingkir di pusingan kedua selepas tewas di tangan pasangan Indonesia, Angga Pratama-Ryan Agung Saputra 12-21, 12-21.
Dalam acara perseorangan lelaki, hasrat pemain muda negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin untuk mara ke suku akhir kejohanan bertaraf Siri Super buat kali pertama tidak kesampaian selepas tewas kepada Sai Praneeth dari India 21-16, 27-29, 16-21.

Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei turut mengesahkan slot ke kelompok lapan terbaik hasil kemenangan ke atas pemain Jepun, Kazumasa Sakai 21-17, 21-9 dan akan bertemu pemain tuan rumah, Prannoy H S.

Turut ke suku akhir ialah beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menang ke atas pasangan Jepun, Hirokatsu Hashimoto-Miyuki Maeda 19-21, 21-10, 23-21.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat