{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Diam bukan benci

Posted: 25 Apr 2013 08:00 AM PDT

Program terakhir yang dihoskan oleh Aida ialah Akademi Al-Quran musim keempat (AQ4) pada 2010 dan selepas agak lama tidak mengendalikan sebarang program di televisyen, menerbitkan kerinduan di hatinya untuk mengacara semula.

Selepas berakhirnya AQ4, ada juga tawaran mengacara yang datang tetapi ketika itu anaknya Aida Eirdeena Mohd Saiful Nizam yang kini sudah berusia dua tahun menghadapi masalah Truncus Arteriosus Type 1 (jantung kongenital) sejak dilahirkan.

"Pada mulanya saya fikir hanya mahu berehat seketika kerana Eirdeena masih kecil. Tak sangka pula dia ada masalah jantung dan saya terpaksa memanjangkan 'percutian' saya itu. Alhamdulillah, selepas dia menjalani pembedahan ketika berusia 10 bulan, dia sekarang sudah sihat sepenuhnya.

"Oleh itu saya berhasrat untuk mengacara semula kerana ia adalah bidang yang paling saya minati. Barangkali ada yang menyangka saya tidak berminat lagi untuk mengacara kerana agak lama menyepi. Saya mendiamkan diri kerana tiada tawaran yang datang. Kini saya bersedia untuk kembali beraksi depan lensa kamera," katanya.


Aida, 28, yang memiliki nama penuh Khairul Noormaaidah Zali mengorak langkahnya dalam bidang glamor selepas dia diangkat sebagai juara Gadis Melayu musim pertama (2008) terbitan TV9.


Cerita Aida, selepas muncul juara pertandingan realiti itu, selain diberi peluang mengasah bakat dalam bidang pengacaraan, ada juga produser dan pengarah drama yang melamarnya untuk berlakon, tetapi jelasnya bidang lakonan tidak menjadi minatnya.

"Ada yang bersedia menawarkan saya watak utama, tetapi saya tak suka berlakon. Rasanya kurang sesuai dengan diri dan pembawakan saya apatah lagi ia memerlukan masa yang lama di lokasi. Pengacaraan mengambil masa yang pendek apatah lagi dengan kehadiran Eirdeena, saya juga perlu memperuntukkan masa kepadanya.

"Bagaimanapun selepas berakhirnya AQ4, tiada pula tawaran pengacaraan yang datang. Tahun ini saya mahu aktif semula. Kalau ada pilihan saya suka mengendalikan program wanita dan juga program majalah yang santai, " katanya.

Aida mengendalikan AQ4 bersama Ustaz Zamri dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman.

Sementara menantikan peluang itu hadir, dia kini mengendalikan perniagaan tudung dalam talian. Hampir setahun berkecimpung dalam perniagaan itu, sambutannya amat baik sekali.

"Saya memulakan perniagaan itu pada asalnya untuk mengisi masa lapang memandangkan Eirdeena semakin membesar. Tak sangka pula ia mendapat sambutan yang sangat bagus dan saya bercadang untuk membesarkan perniagaan itu dengan membuka butik. Saya sedang mencari kedai dan lokasi yang sesuai, mungkin di sekitar Shah Alam.

"Perniagaan tudung amat sengit sekarang, setiap masa kita menyaksikan kemunculan ramai usahawan tudung dan aliran fesyen bertudung juga sangat pantas. Namun saya tidak gentar kerana setiap orang ada rezeki yang Allah SWT sudah tetapkan dan saya percaya dengan kesedaran wanita Islam mengenai kewajipan mereka menutup aurat, pasaran untuk tudung sentiasa ada.

"Pemilihan rekaan dan corak tudung saya berdasarkan minat serta karakter saya sukakan yang ringkas, namun kelihatan bergaya dan elegan. Saya tidak berapa menggemari corak tudung yang sarat dan hiasan berlebih-lebihan kerana ia melenyapkan keindahan tudung itu. Saya lebih selesa menjual produk yang saya suka kerana ia membuatkan saya ikhlas dalam perniagaan ini.

"Kalau saya sendiri tak suka dan mereka coraknya semata-mata untuk jualan, ia tidak menepati kehendak hati saya dan niat ikhlas saya dalam perniagaan ini tidak akan kesampaian. Lebih baik saya menjual apa yang saya suka kerana itu lebih mudah," katanya.

Sejajar dengan perniagaannya yang semakin berkembang, Aida juga bakal menambah produknya iaitu menjual jubah di bawah jenama CA By CitraAida.

"Ia jubah moden yang menjadi pilihan wanita Muslimah hari ini. Pemilihan kain yang selesa dipakai sesuai cuaca di negara kita dan boleh digayakan di mana saja terutama ke pejabat. Dengan sokongan suami Saiful Nizam Ismail, ia memberi kekuatan dan semangat kepada saya untuk menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti," katanya.

Meskipun dia sudah bergelar usahawan, minatnya terhadap pengacaraan tidak pernah pudar bahkan katanya, dia belum puas mengacara.

"Banyak lagi yang perlu saya pelajari dan dalami untuk menjadi pengacara yang bagus. Untuk mendapatkan segala pengalaman itu saya perlu mencuba pelbagai program walaupun kecenderungan saya kepada bual bicara mengenai wanita.

"Saya sedia mencuba asalkan diberi peluang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/25

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat