Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 22 Apr 2013 09:43 AM PDT Kuala Lumpur: Sama ada Datuk K Rajagobal bersalah ataupun tidak, semuanya bakal terjawab apabila Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membicarakan kes ketua jurulatih kebangsaan itu esok. Perbicaraan kes itu menyusul selepas hampir dua minggu Rajagobal menjawab surat pertuduhan kerana didakwa melanggar Perkara 4.5.8 Kod Tatatertib FAM selepas mengkritik dasar diputuskan badan induk bolasepak tanah air itu mengenai penggunaan pemain import.
"Datuk Rajagobal mengaku tidak bersalah dan kami akan mengadakan perbicaraan Rabu ini (esok). Apa saja keputusan bergantung kepada pembelaannya pada hari perbicaraan itu," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Kenyataan pengendali berusia 56 tahun itu dibuat pada sidang media selepas beliau menyaksikan anak buahnya tumpas di tangan Arab Saudi pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, 17 Mac lalu.
"Keputusan mengenai dua pemain Selangor ini juga dibuat pada Rabu ini, pendakwaan ke atas Afiq dan Shukor adalah berdasarkan insiden dalam perlawanan dan bukannya selepas tamat perlawanan itu," katanya.
|
Posted: 22 Apr 2013 09:38 AM PDT Turin: Juventus menghampiri kejuaraan Itali ke-29 selepas menewaskan AC Milan, 1-0 hasil sepakan penalti Arturo Vidal pada babak kedua, awal pagi semalam. Juve memerlukan empat mata daripada lima perlawanan terakhir selepas pencabar terdekat Napoli, ketinggalan 11 mata, menundukkan Cagliari 3-2 di Stadio San Paolo.
Fiorentina kini memiliki kelebihan lima mata ke atas Inter Milan, yang berjaya meraih semula sentuhan kemenangan apabila menewaskan Parma, 1-0 menerusi jaringan penyerang veteran Tommaso Rocchi pada minit ke-82 sekali gus mengendurkan sedikit tekanan buat jurulatih Andrea Stramaccioni.
Tuan rumah mendahului pada minit ke-58 apabila Kwadwo Asamoah dijatuhkan Amelia. Vidal tampil dan menyempurnakan penalti menarik ke penjuru kanan gol.
"Milan adalah Milan, mereka sering bermain untuk menang," katanya. "Ia tidak mudah buat kami, jika tumpas, Napoli akan merapati dan kami pasti tertekan." Milan kini tidak menang dalam tiga perlawanan namun jurulatih Massimiliano Allegri percaya mereka akan menamatkan musim dengan bergaya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |