Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 19 Apr 2013 07:31 PM PDT PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan kertas pencalonan untuk bertanding kerusi Parlimen Pekan dengan diiringi ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) pada pukul 9.08 pagi ini. Najib, yang juga Pengerusi BN, mengemukakan borang pencalonannya di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan yang disandangnya sejak 1976. Najib yang berarak bersama-sama penyokong BN dari bangunan Umno Pekan, tiba di pusat penamaan calon itu pada 9.06 pagi disertai calon BN lain yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak dalam kawasan Parlimen Pekan. Berbaju Melayu biru, Najib memasuki dewan bersama calon BN lain dan menyerahkan borang pencalonannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali.
Pada pilihan raya umum 2008, Najib menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Khairul Anuar Ahmad Zainudin dengan majoriti 26,464 undi. Najib memperoleh 36,262 undi manakala Khairul Anuar meraih 9,798 undi. - BERNAMA Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20 |
Posted: 19 Apr 2013 12:14 PM PDT "Saya tidak boleh pentingkan diri sendiri dan percaya masih boleh menjalankan peranan saya walaupun bukan sebagai Ahli Parlimen. Tiada sebab untuk saya membelakangkan rakyat semata-mata untuk kepentingan peribadi. "Berikutan itu, saya berjanji akan membantu Menteri Besar (Datuk Abdul Ghani Othman) menang dan sebagai Ketua MCA akan berganding bahu dengannya untuk kebaikan semua rakyat Gelang Patah," kata Ketua MCA Gelang Patah Jason Teoh, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |