Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
Karnival Multilateral sokong dasar 1Murid 1Sukan Posted: 19 Apr 2013 01:34 PM PDT KOTA BHARU 19 April - Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Karnival Multilateral bagi menyokong dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Shapawi Ismail berkata, karnival itu bertujuan memupuk budaya bersukan serta menarik minat orang ramai terutama kanak-kanak dalam bidang kesukanan. Menurutnya, kira-kira 10 buah sekolah sekitar daerah ini terlibat dalam karnival tersebut bagi menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan insan seimbangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. "Karnival ini tidak terhad pada aktiviti sukan, namun turut menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak seperti semangat kerjasama, cintakan negara serta mengeratkan lagi hubungan antara kaum. "Kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti ini telah diperkenal dan didedahkan kepada tujuh elemen asas sukan khususnya bola sepak, bola jaring, sepak takraw, ping pong, dart, karom dan sukan rakyat yang memberi latihan fizikal serta elemen kemahiran multilateral," katanya kepada pemberita pada majlis penutup karnival itu di sini semalam. Majlis penutup karnival tersebut disempurnakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan, Datuk Mohamad Noordin Awang. Mengulas lanjut, Ahmad Shapawi berkata, karnival itu turut melibatkan pakar sains dan perubatan sukan bagi mengaplikasi elemen asas sains sukan dalam usaha pembangunan sukan negara. "Kami menyediakan jurulatih-jurulatih yang terdiri daripada bekas atlet kebangsaan yang berpengalaman untuk membantu kanak-kanak sepanjang karnival berlangsung. "Kompenan asas kecergasan seperti ketangkasan, kepantasan, kekuatan fizikal dan kawalan menerusi pelbagai acara sukan turut diselitkan,"katanya. Tambah beliau, selain penganjuran karnival sebegini, sokongan ibu bapa juga penting dalam melahirkan seorang atlet yang cemerlang. "Penglibatan mereka bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pembelajaran di sekolah, namun ia dapat memenuhi hasrat untuk membudayakan sukan dalam kalangan rakyat di negara ini," ujar beliau lagi. |
100 pelajar SK Fikri bersih masjid Posted: 19 Apr 2013 01:34 PM PDT SETIU 19 April - Kira-kira 100 pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Fikri (Pantai), Setiu, Terengganu mengadakan gotong-royong membersih kawasan sekitar masjid kampung itu, baru-baru ini. Program anjuran bersama pihak sekolah itu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Fikri diadakan sempena perkhemahan murid tahun empat hingga enam. Guru Besarnya, Ibrahim Awang berkata, kerja amal khidmat masyarakat seperti memotong rumput, membersih bangunan masjid dan menanam pokok bunga di sekitarnya bertujuan menyemai rasa tanggungjawab dan kecintaan terhadap masjid. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |