{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


Madrasah musnah sekelip mata

Posted: 25 Apr 2013 04:19 PM PDT

KUALA KETIL: Lime belas pelajar Madrasah Nurul Islah, Pondok Ustaz Bakar, Parit Panjang, di sini, tinggal sehelai sepinggang selepas pondok mereka musnah dalam kebakaran, kira-kira 8.15 malam tadi.

Kejadian dikatakan berlaku ketika semua pelajar terbabit sedang membaca Yasin di surau madrasah berkenaan.

Pengetuanya, Mohamad Fadzil Abd Hamid, 34, berkata kebanyakan pelajar yang mendiami pondok itu adalah mereka yang berusia antara 13 hingga 18 tahun.

Menurutnya, wang tabungan RM3,000 yang disimpan dalam pondok bendahari madrasah berkenaan turut hangus selain kitab mengaji.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/26

Murtad 21 tahun

Posted: 25 Apr 2013 04:11 PM PDT

Seremban: Dua puluh satu tahun lamanya dia tersesat apabila keluar daripada Islam dan menganut agama lain semata-mata kerana cinta, namun kini lafaz kesyukuran tidak putus diungkapkan kerana Allah tetap mengurniakan hidayah untuk dia kembali ke pangkal jalan.

"Syukur Allah membuka pintu hati saya kembali kepada Islam selepas menziarah ibu yang sakit hujung bulan lalu. Ketika itu, terdetik di hati bagaimana saya mahu membaca surah Yasin sekiranya ibu bapa saya meninggal dunia kelak. "Persoalan itu yang akhirnya membawa saya kembali kepada Islam selepas 21 tahun menganuti agama lain," kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Ros, 46.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia bertindak bodoh keluar daripada Islam selepas mahu berkahwin dengan suaminya yang kini berusia 50-an walaupun mendapat tentangan keluarga.

"Kerana cinta, saya ketepikan perasaan keluarga dan berkahwin di sebuah gereja di Kluang, Johor. Ketika itu saya mengambil keputusan tanpa berfikir panjang dan nekad memeluk agama dianuti suami saya," katanya.


Bagaimanapun, kata Ros, tindakannya kembali kepada Islam menghadirkan dugaan amat hebat apabila suaminya kini mengganggunya, malah dia terpaksa berpisah dengan dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya yang berusia 11 hingga 20 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/26

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat