Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Polis KL terima 122 laporan sejak parlimen bubar Posted: 23 Apr 2013 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 95 ceramah dikesan dijalankan tanpa permit di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Sabtu lepas hingga semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata ia merangkumi 40 ceramah di Brickfields, diikuti Sentul (38), Cheras (10), Dang Wangi (5) dan Putrajaya (2). Beliau berkata bagi tempoh sama, 61 permit ceramah telah dikeluarkan manakala sejak pembubaran Parlimen pada 3 April lepas, Polis Kuala Lumpur menerima 122 laporan berkaitan kejadian merosakkan bendera atau poster parti yang bertanding. Perkara ini masih disiasat. "Parti yang bertanding dinasihat memohon permit ceramah daripada Ketua Polis Daerah masing-masing," kata Mohmad dalam kenyataan hari ini. Beliau menegaskan parti perlu memastikan penyokong mereka tidak melakukan cabar-mencabar antara satu sama lain dan perhimpunan tamat mengikut syarat yang dinyatakan dalam permit.
|
Tiga maut kemalangan di Kuantan Posted: 23 Apr 2013 04:17 AM PDT KUANTAN: Tiga lelaki maut selepas terbabit dalam dua kemalangan berasingan di Jalan Utama di Bandar Rompin semalam. Dalam kejadian itu, pemandu Perodua Viva, Lai Ngow Chin, 54, berasal dari Kampung Padang Jaya, Sungai Lembing dan pemandu lori balak, Tham Ah Fock, 59, berasal dari Melaka, maut di tempat kejadian. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang semalam itu Perodua Viva terbabit dalam perjalanan dari arah Rompin menuju Selendang. "Di tempat kejadian, dipercayai Lai yang memandu laju telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori muatan kayu balak berkenaan. "Kedua-dua mangsa yang parah di kepala dan bahagian badan mati di lokasi kejadian," katanya di sini, hari ini. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |