Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Myanmar dituduh lakukan pembersihan etnik Rohingya
- Pokok redwood gergasi diklon untuk selamatkan Bumi
- Bieber didakwa abaikan datuk sendiri
Myanmar dituduh lakukan pembersihan etnik Rohingya Posted: Myanmar dituduh lakukan pembersihan etnik Rohingya
BANGKOK - Myanmar telah melancarkan kempen pembersihan etnik ke atas etnik Rohingya beragama Islam, lapor Human Rights Watch (HRW) yang mengaitkan wujudnya perkuburan besar-besaran dan pengusiran melibatkan puluhan ribu etnik tersebut. Etnik Rohingya yang dinafikan kerakyatan mereka itu berdepan dengan jenayah kemanusiaan seperti pembunuhan, penganiayaan dan pengusiran, jelas HRW yang berpangkalan di New York. Para pegawai pemerintah Myanmar, pemimpin komuniti dan sami Buddha telah menganjur serta menggalakkan samseng-samseng yang dilindungi oleh pihak berkuasa negeri untuk melakukan serangan terancang ke atas perkampungan Islam di negeri Rakhine Oktober tahun lalu. "Pemerintah Myanmar terlibat dalam kempen pembersihan etnik Rohingya yang berterusan hingga ke hari ini dengan menyekat bantuan dan pergerakan mereka," kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson. Jurucakap Presiden Myanmar, Ye Htut bagaimanapun menegaskan pemerintah tidak akan memberi perhatian terhadap laporan yang bersifat sebelah pihak itu. Pemerintah Myanmar sebaliknya menunggu laporan kajian suruhanjaya rasmi yang ditubuhkannya untuk menyiasat keganasan tersebut. Namun, pendedahan laporan itu sudah ditangguh beberapa kali. Di Rakhine, lebih 125,000 orang etnik Rohingya dan penganut Islam lain telah diusir. Mereka juga disekat daripada menerima bantuan kemanusiaan dan dilarang pulang ke rumah masing-masing. - AFP | |
Pokok redwood gergasi diklon untuk selamatkan Bumi Posted: Pokok redwood gergasi diklon untuk selamatkan BumiPERTUBUHAN Archangel Ancient Tree Archive berharap dapat menanam berjuta-juta pokok klon redwood purba di seluruh dunia.- AP COPEMISH, Michigan - Pokok redwood gergasi akan dipasarkan ke peringkat antarabangsa melalui usaha pengklonan bagi menggalakkan penanaman semula hutan dan menangani perubahan iklim. Sejumlah anak pokok redwood setinggi 45 sentimeter itu dihasilkan di sebuah makmal di sini bagi tujuan tersebut. Semua anak pokok itu dihasilkan melalui proses penyalinan genetik tiga batang pokok gergasi yang ditebang di utara California pada lebih tiga abad lalu. Apa yang menakjubkan, beberapa pucuk baharu masih tumbuh daripada tunggul kayu pokok redwood tersebut. Ini termasuklah sebatang tunggul yang dikenali sebagai Fieldbrook Stump yang berdiameter, 10.7 meter. Pokok redwood itu dipercayai berusia kira-kira 4,000 tahun. Pokok tersebut adalah setinggi bangunan 40 tingkat sebelum ia ditebang. "Ini adalah langkah pertama untuk penghasilan yang lebih banyak," kata Pengasas pertubuhan Archangel Ancient Tree Archive, David Milarch. Pertubuhan Archangel Ancient Tree Archive yang merupakan sebuah pertubuhan tidak berdasarkan keuntungan telah menerajui projek tersebut dengan melakukan penanaman pokok redwood pada hari Bumi Sedunia di Australia, New Zealand, Britain, Kepulauan Ireland, Kanada, Jerman dan Amerika Syarikat. - AP | |
Bieber didakwa abaikan datuk sendiri Posted: Bieber didakwa abaikan datuk sendiriJUSTIN BIEBER beraksi lincah semasa konsert Believe Tour di Arena Telenor, Norway pada 16 April lalu. LOS ANGELES - Datuk kepada bintang pop remaja, Justin Bieber membidas cucunya itu kerana tidak pernah menghulurkan wang kepadanya, lapor portal hiburan Entertainmentwise semalam. Lelaki itu, George Bieber dikatakan menetap bersama isterinya, Kathy di sebuah kabin usang yang mempunyai dua bilik tidur di Mitchell, Kanada. George berkata, penyanyi lagu Boyfriend itu menyedari tentang keuzurannya tetapi dia tidak menghulurkan pertolongan. "Kekayaan Bieber mungkin bernilai £70 juta (RM325.2 juta) tetapi kami tidak pernah menikmati wangnya," dedah George seperti dipetik akhbar The Sun. Menurut lelaki berusia 61 tahun itu, satu-satunya hadiah yang diterima daripada Bieber, 19, ialah sebuah televisyen. Sementara itu, jurucakap Bieber enggan memberi sebarang komen terhadap dakwaan George. Namun, satu sumber yang rapat dengan Bieber memberitahu akhbar dalam talian MailOnline dakwaan tersebut tidak benar dan berniat jahat. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |