Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Bapa maut, anak cedera nahasOleh ROSMAWATI SALIHIN
KOTA KINABALU - Seorang bapa maut manakala anaknya yang berusia tiga tahun cedera ringan selepas kenderaan yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori seberat 10 tan yang sedang membuat pusingan U di Jalan Kelombong dekat sini semalam. Kemalangan pukul 11.30 pagi itu mengakibatkan Prichard Wong, 38, dari Kampung Kepayan Suok Vatu mati sebaik tiba di Hospital Queen Elizabeth akibat cedera parah di kepala. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, sebelum kejadian, kereta jenis Proton Saga yang dipandu Wong dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Inanam dari Luyang. "Mangsa yang tidak sempat menekan brek merempuh sebuah lori yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di Jalan Kelombong. "Pasukan keselamatan mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan Prichard yang tersepit," katanya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Kena tetak angkara kes dadahJALALUDDIN menunjukkan parang yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam. KOTA BHARU - Seorang lelaki yang mengadu ditetak di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Jumaat lalu didapati bukan kerana dia menghalang premis perniagaannya dipasang bendera parti politik tetapi berpunca daripada kes pengedaran dadah. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, maklumat tersebut diperolehi daripada dua suspek yang diberkas selepas didakwa menetak mangsa. "Pihak polis telah menangkap dua suspek tersebut dan merampas pil berwarna merah disyaki dadah, tiub straw berjalur kuning, wang RM7,848 dan sebilah parang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Beliau berkata, pengadu juga disyaki terlibat dalam kes pengedaran dadah hasil daripada maklumat yang diberikan suspek. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Lelaki Singapura diberkas edar ekstasi Posted: Lelaki Singapura diberkas edar ekstasiJOHOR BAHRU - Seorang lelaki Singapura ditahan minggu lalu kerana dipercayai mengedar dadah ke republik itu. Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah hotel di sini dan polis menemui 770 gram disyaki ekstasi bernilai RM210,000 dan 400 gram disyaki ketamin bernilai RM40,000. "Dadah ini dianggar boleh dibekalkan kepada 5,850 orang penagih," kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff pada sidang akhbar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |