Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Posted: 21 Apr 2013 03:27 AM PDT Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI KUALA LUMPUR 21 April - Rezeki sebagai pelakon, tidak selamanya nama berada di puncak populariti. Menyedari hakikat itu, pelakon paling popular, Shaheizy Sam memulakan bidang kerjaya baru dengan membuka sebuah kafe sebagai langkah persediaan masa depannya. Diberi nama Best Time Family Cafe & Grill, kafe di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras itu dibuka berdasarkan minat pelakon itu sendiri terhadap bidang perniagaan. "Saya sebenarnya sudah lama berminat untuk membuka sebuah kedai makan dan akhirnya impian itu tercapai juga. Kedai ini saya buka bersama dengan kakak, Zizie Ezette dan seorang ibu saudara kami. "Menu di sini ada macam-macam termasuk makanan tempatan tetapi istimewanya ialah masakan grill yang merupakan resipi saya sendiri," jelas Sam yang pertama kali membuka premis perniagaan makanan. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 21 Apr 2013 03:23 AM PDT Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN SITI FAZURINA bersama suami, Hykal Zulkifli. KUALA LUMPUR 21 April- Pelakon Siti Fazurina mengaku dia kini melalui episod kehidupan yang 'huru-hara' gara-gara hubungannya dengan ibu kandung, Zubaidah Abu Bakar, 61 belum pulih sepenuhnya. "Ini takdir saya dan saya tidak menyesal. Ia adalah satu pengalaman yang sangat mengecewakan. "Siapa tidak sayang ibu sendiri, tetapi saya memilih untuk bernikah dengan suami sebab kami sama-sama sayang," beritahu pelakon Trilogi Cinta ini. Siti Fazurina, 31 bernikah dengan Hykal Zulkifli, 32 pada 20 Disember 2012 dalam majlis tertutup, meskipun tanpa restu keluarga, terutama ibunya sendiri. Pada 20 Mac 2013, pasangan ini dinikahkan sekali lagi setelah pihak Jabatan Agama Islam Bahagian Timur Laut Pulau Pinang mengesahkan perkahwinan pertama mereka tidak sah dari segi hukum syarak kerana masalah wali. "Walaupun ibu tidak memberi restu kepada pernikahan kami, saya harap suatu masa nanti, hati ibu akan kembali terbuka dan merestui kami seadanya" kata pelakon ini lagi. Penjelasan terperinci Fazurina dan suaminya disiarkan dalam Hits, Utusan Malaysia keluaran esok. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |