Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Kejadian tong sisa kimia terbakar tiada unsur jenayah - Polis Posted: 17 Apr 2013 09:58 AM PDT KUALA LUMPUR 18 April - Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian kebakaran tong bahan sisa kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, di Jalan Kampung Pandan di sini pagi semalam. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh dalam kenyataan mengesahkan demikian. Bagaimanapun, beliau berkata, polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan (Kelakuan cuai berkenaan dengan api atau benda yang mudah terbakar). Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu seramai 19 orang pelajar dan dua guru sekolah tersebut mengalami sesak nafas dan muntah akibat terhidu asap beracun ekoran kebakaran tong bahan sisa kimia. Kejadian itu berlaku ketika proses pemindahan lapan buah tong berisi 229 jenis sisa bahan kimia ke dalam sebuah lori khas diletakkan berhampiran makmal sekolah itu untuk dibawa ke loji pelupusan di Bukit Nanas, Negeri Sembilan. |
Polis siasat SMS khabar angin Pulau Pinang dijangka huru-hara Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT PULAU PINANG 17 April - Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin mengenai huru-hara yang akan berlaku di negeri ini, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Khabar angin yang disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh pihak tidak bertanggungjawab itu meminta orang ramai membeli bekalan keperluan harian seperti makanan berikutan bakal berlaku kekecohan. Jurucakap PRU-13 bagi Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana pihaknya mempunyai jumlah kekuatan pegawai dan anggota mencukupi untuk mengawal ketenteraman awam. "Saya harap orang ramai tidak akan risau berhubung SMS sedemikian, malah kita menyeru mereka yang menerimanya agar tidak menyebarkan kepada orang lain. "Kita mahu proses pilihan raya umum ini berjalan lancar dan aman," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mencari dalang di sebalik penyebaran SMS tersebut. Menurutnya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekecohan. Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hasutan. Dalam perkembangan lain, Roslee berkata, polis menerima 54 laporan berhubung pemasangan bendera parti politik termasuk pergaduhan dan merosakkannya. "Sebanyak 17 daripada laporan tersebut telah dibuka kertas siasatan. "Kita minta pekerja-pekerja parti agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya sebarang salah faham semasa kerja-kerja memasang bendera masing-masing," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |