{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Adam Adli kena tahan mengikut Akta Hasutan

Posted: 18 May 2013 04:22 PM PDT

Kuala Lumpur: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948, semalam.

Adam, 24, yang juga aktivis pelajar ditahan sepasukan polis jam 3.15 petang di Bangsar Utama di sini.

Dia ditahan berikutan kenyataan berbaur hasutan yang dibuatnya pada Forum 13 Mei Hari Bangsa Malaysia anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di sini, pada 13 Mei lalu.

Mahu anjur protes jalanan

Pada forum itu, Adam dikatakan menyertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum, 5 Mei lalu.

Mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948, mana-mana orang yang didapati bersalah menghasut atau menyebut apa-apa perkataan menghasut boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

SPR tak tunduk desakan

Posted: 18 May 2013 03:27 PM PDT

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan tunduk kepada desakan pembangkang yang mahu dua orang kuatnya melepaskan jawatan hanya kerana keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak memihak pakatan itu.

Sambil menyifatkan desakan itu sebagai tindakan dangkal serta tidak menghormati badan pengendali pilihan raya yang dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata PRU-13 turut diiktiraf oleh pihak antarabangsa.

Tiada alasan untuk SPR tunduk kepada desakan pembangkang, kita bukan persatuan penduduk atau persatuan bola sepak. Bila (pasukan bola sepak) kalah saja, desak pemimpinnya untuk letak jawatan. SPR badan yang dilantik mengikut Perlembagaan, seluruh dunia iktiraf PRU-13, yang tak setuju hanya pembangkang.

Ambil tindakan mahkamah

Jika tak puas hati dengan keputusan pilihan raya, ambillah tindakan mahkamah... jadilah pemimpin bertanggungjawab, tunjuk teladan baik kepada rakyat, hormat undang-undang dan keputusan rakyat. Rakyat tahu siapa betul dan siapa tak betul.

Bagi saya, pembangkang lebih kepada kelirukan penyokongnya sendiri kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya, katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Tiga hari selepas PRU-13 pada 5 Mei lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin parti sekutunya menjelajah ke seluruh negara mengadakan perhimpunan haram membantah keputusan pilihan raya selain cuba menimbulkan persepsi bahawa wujud penipuan dalam proses pemilihan itu.
Kelmarin, Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli pula menggesa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad melepaskan jawatan dalam suruhanjaya itu atas alasan sama.

Mengenai tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilantik sebagai pemerhati PRU-13 oleh SPR, menggunakan forum politik bagi mengkritiknya, Wan Ahmad berkata, tidak adil NGO terbabit mengkritik tanpa mengundang SPR bagi memberi penjelasan terhadap isu dibangkitkan mereka.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat