{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


RANAP: 91 maut, 230 cedera puting beliung landa Oklahoma

Posted: 21 May 2013 02:38 PM PDT

Bencana angin kencang paling buruk landa AS sejak 2 tahun lalu

Moore (Amerika Syarikat): Sekurang-kurangnya 91 terbunuh, manakala beratus-ratus lagi cedera selepas puting beliung selebar tiga kilometer, melanda pinggir bandar raya Oklahoma, semalam.

Pusaran angin kencang itu itu juga memusnahkan kebanyakan rumah, menimbunkan kereta antara satu sama lain dan menyebabkan berpuluh-puluh pelajar terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Untuk berita lanjut dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Kakitangan awam dilarang bida kontrak

Posted: 21 May 2013 02:27 PM PDT

Kuala Lumpur: Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) mencadangkan tiga langkah memerangi rasuah, termasuk larangan anggota pentadbiran kerajaan serta anggota keluarga terdekat mereka terbabit dalam permohonan atau membida kontrak kerajaan.

Pengerusinya, Datuk Johan Jaaffar, berkata cadangan itu bertujuan mengelakkan berlaku konflik kepentingan dan dapat menutup ruang serta peluang berlaku rasuah.

"Amalan sebelum ini, apabila menteri atau menteri besar dan ketua menteri 'meninggalkan mesyuarat' dan tidak mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan apabila agenda mengenai syarikat yang mempunyai milik keluarga dibincangkan, tidak lagi boleh diterima pakai.
Dengan berbuat demikian, rasa sangsi mengenai aset wakil rakyat sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan ADUN boleh diatasi. Langkah itu menunjukkan ketelusan kerajaan ke atas aset menteri dan ahli keluarga terdekat," Datuk Johan Jaaffar, Pengerusi PPPR

"Cadangan ini juga bagi mengelakkan pandangan serong rakyat terhadap mereka yang berada dalam kedudukan yang mempunyai kuasa dalam mempengaruhi keputusan kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pengisytiharan harta

Cadangan lain ialah pengisytiharan harta sekali bagi setiap tiga tahun oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Turut dicadangkan penetapan tempoh bertenang selama setahun sebelum penjawat awam yang bersara dibenar memegang jawatan korporat atau menyertai amalan profesional.
PPPR mencadangkan larangan dikuatkuasakan serta- merta pada peringkat persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan agensi kerajaan.

Johan berkata, cadangan pengisytiharan harta bertujuan memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan, sekali gus mengukuhkan lagi komitmen terhadap perjuangan menentang rasuah.

"Dengan berbuat demikian, rasa sangsi mengenai aset wakil rakyat sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan ADUN boleh diatasi. Langkah itu menunjukkan ketelusan kerajaan ke atas aset menteri dan ahli keluarga terdekat," katanya.

Johan berkata, ketiadaan tempoh bertenang membawa kepada konflik kepentingan kerana pihak terbabit boleh mengambil kesempatan daripada pengetahuan, pengaruh dan kedudukan ketika berkhidmat untuk kepentingan peribadi selepas pencen.

Malah, ia juga bertindak sebagai 'insurans' atau jaminan untuk mereka selepas bersara. Risiko berlaku rasuah boleh timbul apabila pegawai yang akan bersara menggunakan kedudukan awam untuk melobi bagi jawatan dan kepentingan peribadi.

Pandangan semua pihak

Panel itu juga berpendapat rasuah antara isu utama dibangkitkan ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan penting bagi kerajaan mengambil kira semua pandangan, kritikan dan tuduhan pelbagai pihak.

Katanya, walaupun sebahagian pandangan, kritikan dan tuduhan tidak mempunyai asas kukuh atau hanya persepsi, ia digunakan sebagai alasan untuk mendakwa kerajaan tidak telus, bersih dan tiada integriti.

Di samping itu, panel mengalu-alukan pelantikan Presiden Transparency International (Malaysia), Datuk Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengendalikan isu rasuah.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat