Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 22 May 2013 03:28 PM PDT Tubuh Jabatan Pencegahan Jenayah strategi kurangkan ketakutan orang ramai Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengumumkan penubuhan Jabatan Pencegahan Jenayah sebagai satu daripada strategi drastik membanteras dan mengurangkan indeks jenayah di seluruh negara. Kita akan menggembleng segala sumber PDRM untuk mengurangkan kadar jenayah" Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara Beliau yang memulakan tugasnya Jumaat lalu, berkata mengurangkan jenayah dan ketakutan orang ramai terhadap jenayah adalah antara cabaran Polis Diraja Malaysia(PDRM). Jabatan perangi semua kegiatan jenayah "Jabatan baru itu bukti komitmen polis dalam pencegahan jenayah dengan lebih berkesan sejajar kehendak masyarakat yang mahu melihat PDRM berperanan lebih efektif," katanya dalam wawancara bersama Ketua Polis Negara di Bukit Aman. Katanya, jabatan yang diketuai seorang pengarah itu akan diperkenalkan pada peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum diperluaskan pada peringkat kontinjen dan daerah dengan pengambilan pegawai dan anggota polis untuk diserapkan dalam jabatan ini. "Secara dasarnya, fungsi utama jabatan ini adalah menangani semua bentuk kegiatan jenayah dari sudut pencegahan dan mengenal pasti punca sebagai langkah mengelak berlakunya jenayah untuk memastikan keadaan aman dan selamat. "Walaupun ada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), peranan Jabatan Pencegahan Jenayah amat diperlukan bagi usaha pencegahan," katanya. Khalid berkata, sehingga kini perancangan penubuhan jabatan itu pada peringkat akhir selepas pelbagai perbincangan dan kajian dijalankan sebelum diusulkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). "Kita akan menggembleng segala sumber PDRM untuk mengurangkan kadar jenayah termasuk menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan iaitu tentera, RELA dan Jabatan Pertahanan Awam melalui Strategi Nasional Lautan Biru. PDRM tak ambil mudah "PDRM tidak pernah mengambil mudah serta mengabaikan apa saja kejadian jenayah tidak kira kecil ataupun besar dan kita mempunyai cara tersendiri menjalankan siasatan untuk mengambil tindakan terhadap pelaku jenayah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya. Selain menangani jenayah, Khalid berkata, PDRM perlu melakukan perubahan terhadap pendekatan polis dalam ketenteraman awam dengan menghormati hak asasi manusia dan meningkatkan lagi integriti polis. Katanya, polis menghormati soal hak asasi manusia dan mengambil pelbagai pendekatan ke arah itu seperti pelaksanaan Akta Perhimpunan Aman 2012. "Namun semua pihak juga perlu faham, bagi menjamin ketenteraman awam setiap hak asasi itu mempunyai had dan tidak boleh dilampaui," katanya sambil menegaskan semua pihak harus menghormati undang-undang negara bagi memastikan ketenteraman terpelihara. |
CUEPACS sokong larang penjawat awam, keluarga bida kontrak Posted: 22 May 2013 03:22 PM PDT Kuala Lumpur: CUEPACS menyokong cadangan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) melarang anggota pentadbiran kerajaan dan keluarga mereka terbabit dalam permohonan atau membida kontrak kerajaan. Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Omar Osman, berharap cadangan itu dapat dibincangkan secara terperinci dengan pelbagai pihak, termasuk CUEPACS. Kita tidak mahu apa yang dilakukan kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya mendedahkan aset peribadi pemimpin, tetapi tidak meliputi pasangan mereka iaitu isteri dan anak sendiri. Kita mahu semua aset anggota keluarga didedahkan," Datuk Chang Ko Youn, Pemangku Presiden GERAKAN "PPPR mungkin boleh mengesan anggota pentadbiran terbabit dan keluarga mereka, tetapi tidak mengenali proksi mereka dan sebab itulah pentingnya jawatankuasa pemantau ditubuhkan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Beliau diminta mengulas cadangan PPPR supaya tiga langkah memerangi rasuah, termasuk larangan anggota pentadbiran kerajaan serta anggota keluarga terdekat mereka terbabit dalam permohonan atau membida kontrak kerajaan. Elak konflik kepentingan Pengerusi PPPR, Datuk Johan Jaaffar dilaporkan berkata cadangan itu bagi mengelakkan berlaku konflik kepentingan dan dapat menutup ruang serta peluang berlaku rasuah. Bagaimanapun, katanya, mengenai isu pengisytiharan harta, ia memerlukan perbincangan lanjut sama ada ia perlu didedahkan kepada umum atau sebaliknya kerana perlu memikirkan akibatnya. "Kita tidak mahu apa yang dilakukan kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya mendedahkan aset peribadi pemimpin, tetapi tidak meliputi pasangan mereka iaitu isteri dan anak sendiri. Kita mahu semua aset anggota keluarga didedahkan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |