Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 25 May 2013 08:26 AM PDT Rio de Janeiro: Bintang muda bola sepak Brazil Neymar kini hampir memilih satu daripada dua tawaran dipercayai daripada kelab Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid selepas Santos bersetuju melepaskannya semalam. Pengurusan Santos berkata, mereka akhirnya mengalah selepas berjuang tiga tahun untuk mempertahankan pemain berusia 21 tahun itu yang dikatakan menjadi harapan Brazil untuk Piala Dunia tahun depan dan bersetuju untuk melepaskannya, memberikan pemain itu pilihan untuk menerima tawaran yang dikehendakinya meskipun keputusannya masih belum pasti.
"Pada pertemuan dengan wakil jawatankuasa pengurusan Santos, penyerang Neymar Jr diberitahu mengenai tawaran yang diterima pengurusan kelab dan akan mempertimbangkan perkara itu selama beberapa hari sebelum membuat keputusan.
NEYMAR mendukung anaknya, Davi Lucca sebelum beraksi bersama Santos. Wakil dua kelab ternama Sepanyol itu berada di Brazil dan akhbar Folha de Sao Paulo melaporkan tawaran terkini Barcelona didakwa berjumlah AS$36.12 juta (RM109.5 juta).
Neymar yang dianggap pengganti seorang lagi pemain legenda Santos, Pele adalah satu-satunya pemain yang tidak berpangkalan di Eropah di antara 23 finalis anugerah pemain terbaik tahunan FIFA 2012 dan menjadi sasaran beberapa kelab Eropah sejak tiga tahun lalu termasuk Chelsea pada 2010.
|
Posted: 25 May 2013 08:21 AM PDT Kuala Lumpur: Korea Selatan, pasukan kedua terbaik di belakang China sepanjang zaman, sekali lagi ke final selepas membenam cabaran Thailand 3-1 pada separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam. Perlawanan sengit itu bagaimanapun tidak diheret dalam tempoh yang panjang selepas semua empat perlawanan tamat dalam pertarungan dua set. Beregu campuran Korea, Ko Sung Hyun-Kim Ha Na cemerlang mengekang cabaran Saralee Thoungthoungkam-Sudket Prapakamol 21-18, 21-19. "Saya rasa kami beraksi dengan amat baik, cuma kesilapan mudah memberikan mata kepada pasangan Korea," kata Sudket.
"Bagi saya perlawanan pertama memang sengit. Thailand mengubah strategi berbanding pertemuan peringkat kumpulan," kata Sung Hyun. Thailand yang sebelum ini merehatkan Boonsak Ponsana akhirnya menurunkan pemain berpengalaman itu pada perlawanan penting ini. Perseorangan lelaki Korea Lee Dong Keun nyata bukan tandingan Boonsak apabila dia tewas 9-21, 12-21 dalam masa 34 minit, menjadikan kedudukan 1-1. Sung Hyun sekali lagi turun bergandingan dengan Lee Yong Dae dan gandingan nombor dua dunia itu tiada masalah mengatasi Maneepong Jongjit-Nipitphon Puangpuapech 21-12, 21-11. Menyedari risiko tewas andai perlawanan berlarutan ke perlawanan kelima, Sung Ji Hyun yang turun dalam perseorangan wanita tiada pilihan kecuali menewaskan serikandi Thailand, Ratchanok Inthanon. Pertembungan pemain nombor lima dan enam dunia ini sengit namun strategi dan persediaan fizikal Ji Hyun akhirnya membantunya menang 21-17, 21-14 sekali gus membantu Korea melangkah ke final. "Ratchanok kepenatan selepas terpaksa bermain dalam perlawanan sukar dengan Jepun di suku akhir tiga hari lalu. Untuk final, saya tidak mahu fikir banyak kecuali mempamerkan permainan terbaik, itupun jika perlawanan berlarutan ke perlawanan kelima," kata Ji Hyun. Kali terakhir Korea ke final pada 2009 di Guangzhou, China dan mereka tewas 0-3 kepada kuasa badminton dunia itu. Pencapaian terbaik terakhir mereka adalah pada 2003, menewaskan China 3-1 di Eindhoven, Belanda. Korea pernah tiga kali menjuarai Piala Sudirman pada 1991, 1993 dan 2003 namun China lapan kali menjuarai kejohanan ini manakala Indonesia sekali. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |