Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 02 May 2013 02:32 PM PDT Pemain pelapis bimbingan Hendrawan lebih menyerlah pada GP Emas Terbuka Malaysia apabila dua daripada tiga perseorangan lelaki negara yang beraksi di suku akhir semalam, mara ke separuh akhir, kejohanan yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara. Goh Soon Huat, 23, lebih dulu menempah tempat ke separuh akhir selepas menang ke atas pemain berpengalaman Hong Kong, Chan Yan Kit 21-17, 21-15.
"Ini pencapaian terbaik saya di kejohanan peringkat senior. Sebelum ini saya hanya melangkah ke suku akhir di GP Emas Terbuka India, tahun lalu," kata Soon Huat.
Hari ini dia akan berdepan Soon Huat, dengan satu slot final pasti menjadi milik Malaysia.
"Pada awalnya saya tidak dapat membaca permainannya, malah dia menang setiap permainan saya. Namun saya melakukan kesilapan mudah pada set kedua ketika saya sudah yakin untuk menang," kata Daren. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03 |
Naim perlu timbang semula hasratnya Posted: 02 May 2013 12:32 PM PDT Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab meminta Datuk Naim Mohamad menimbang semula hasratnya untuk meninggalkan badan induk berbasikal negara itu. Naim yang menjadi Timbalan Presiden PKBM melahirkan hasratnya untuk meninggalkan persatuan terbabit apabila tempoh perkhidmatannya berakhir pada 2015, setahun sebelum berlangsung temasya Olimpik Rio di Brazil dengan skuad trek negara menjadi sandaran meraih emas pertama negara.
"Memang saya mahu meninggalkan PKBM apabila tamat penggal ini. Bukan tiada orang lain yang mampu mengambilalih, namun Naim salah seorang yang berkemampuan kerana sudah lama menjadi orang nombor dua dan memahami apa diperlukan untuk melonjakkan persekutuan ke tahap lebih tinggi.
Naim berkata usaha yang dilakukan untuk membawa balik pingat emas Sukan Olimpik 2012 terpaksa diba yar dengan harga mahal apabila turut menjejaskan tahap kesihatannya termasuk perlu menjalani pembedahan jantung, angioplasty. Beliau sebelum ini turut meletak jawatan sebagai pengurus skuad trek negara selepas kegagalan meraih pingat emas di London atas rasa tanggungjawabnya.
Abu Samah berkata PKBM kini berada dalam landasan tepat dalam membangunkan sukan terbabit termasuk mendapat kerjasama penuh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan agensi lain dalam merealisasikan impian membina velodrom tertutup pertama negara yang dijadualkan siap sebelum Olimpik Rio.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |