{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Hati

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Hati


Guna fabrik mudah pakai

Posted: 03 May 2013 06:06 AM PDT

Penggayaan tudung untuk pengantin Muslimah bukan saja bergantung kepada bentuk wajah, tetapi jenis ikatan serta warna memainkan peranan penting bagi menentukan keanggunan mempelai tatkala bersanding di pelamin.

Kebiasaannya warna tudung sedondon atau sewarna tema pakaian menjadi pilihan. Ada juga menggunakan rona yang sama supaya tidak nampak berbeza.

Menurut pemilik butik Nurin Makeover Wedding Kuala Lumpur, Nurin Adlina Basir, pengantin bertudung perlu memilih cara ikatan bersesuaian serta konsep majlis perkahwinan. Ini kerana kedua-duanya sangat penting bagi menjadikan mempelai kelihatan anggun dan menawan.

Jelasnya, fesyen tudung ini juga harus menitikberatkan kesopanan. Sama ada membuat ikatan atau memakai tudung sedia dipakai, ia haruslah menutupi keseluruhan rambut serta melindungi kekurangan bentuk wajah.

Foto

GAYA lilitan tudung melekat di kepala sesuai untuk konsep moden kontemporari.

Foto

TUDUNG dikemaskan dengan memasukkan ke dalam baju dan disempurnakan dengan sehelai layah.

Foto

PEMILIHAN tudung rona serupa serta pemakaian lebih ringkas menjadikan mempelai tampak menawan.

Foto

UNTUK nampak kemas dan ringkas, tudung harus dimasukkan ke dalam baju sekiranya mengenakan busana berkolar tinggi.


"Konsep Muslimah ini boleh dipraktikkan dengan menggunakan sehelai selendang dan anak tudung yang boleh diikat ke belakang. Anak tudung mestilah mempunyai sengkuap dan cara ikatan boleh dilakukan sama ada menutup keseluruhan dada dan leher atau menggayakan ikatan serban," katanya.


Untuk kedua-dua gaya ini, mempelai haruslah berhati-hati terutama bagi mereka yang memiliki wajah bulat atau segi empat.

Pemakaian anak tudung yang senang dibentuk, boleh menutup kekurangan bentuk muka sama ada bulat atau bersegi. Mempelai berwajah segi empat harus memilih tudung bersengkuap kerana ia akan menampakkan wajah lebih seimbang.

Bagi mereka yang berwajah bujur dan panjang, tidak menjadi masalah mengenakan sebarang jenis gaya tudung. Ini kerana mempelai berwajah bujur mampu menggayakan sebarang jenis fesyen kerana bentuk wajah mereka tidak mempunyai sebarang kekurangan.

Namun, pemilihan anak tudung bermanik akan menjadikan wajah lebih berseri dan anggun. Keadaan ini berbeza bagi mereka yang memiliki wajah bulat dan penuh.

"Bagi mempelai berwajah bulat seharusnya ikatan mampu menutupi kekurangan wajah. Ini boleh dilakukan dengan memilih anak tudung serta tudung bersengkuap kerana ia akan membuatkan wajah sedikit bujur. Tudung ala serban sebaiknya dielakkan kerana akan menampakkan wajah lebih bulat," jelasnya.

Terdapat beberapa fesyen atau gaya tudung yang boleh dipilih mengikut cita rasa mempelai seperti fesyen gipsi. Ia digayakan dengan memakai anak tudung berikat di belakang. Pengantin boleh menggunakan sehelai tudung dengan membuat ikatan bunga di tepi serta meletakkan sehelai layah di kepala.

Bagi menambah keserian, pengantin boleh menggunakan selendang panjang dengan meletakkan di bahagian tengah kepala.

"Pastikan selendang itu pendek pada bahagian kanan dan disematkan pin di bawah dagu. Selepas itu, tarik hujung selendang dan bawa ke kiri. Bentukkan separuh bulat. Letakkan layah di bahagian belakang kepala agar lebih anggun," ujarnya.

Bagi mereka yang inginkan konsep moden kontemporari, harus memilih cara pemakaian tudung bersesuaian, mungkin dengan menggunakan kain sifon dan net. Caranya dengan melilit kain net dan sifon di kepala menjadi bentuk separuh bulat. Letak aksesori sesuai seperti kerongsang agar keserian pengantin bertambah.

Bagi konsep perkahwinan dalam taman pula selain menggunakan fabrik mewah seperti sifon, gaya ikatan harus bersesuaian dengan busana.

"Lilitan serta ikatan haruslah kemas, tidak berserabut dan nampak ringkas. Ini kerana, gabungan layah akan membuatkan penampilan bertambah anggun. Jangan sesekali menggunakan fabrik yang sukar dipakai seperti linen atau satin kerana ia akan menyebabkan tudung anda kurang kukuh serta kebarangkalian akan terbuka juga tinggi," ujarnya yang menggalakkan mempelai memilih ikatan gaya gipsi sekiranya memakai busana berkolar.

Warna tudung untuk majlis pernikahan dan persandingan juga berbeza. Untuk pernikahan, warna yang sesuai ialah putih mutiara, biru ais, krim, kelabu, biru firus, ungu kundang dan merah jambu. Bagi majlis persandingan pula, warna pilihan biasanya biru gelap, coklat, hijau lumut, ungu nila serta merah dan putih.

"Rona putih dan krim sememangnya sangat sinonim untuk pernikahan manakala persandingan, tudung lebih berwarna dipilih bersesuaian dengan konsep majlis. Apa yang penting, pemakaian tudung haruslah menampakkan kesopanan, keayuan serta menjadikan anda pasangan paling menyerlah," ujarnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03

Sentuhan tukang emas Itali

Posted: 03 May 2013 05:26 AM PDT

Sempena Hari Ibu yang menjelang tiba, pengeluar barangan kemas terkemuka tempatan, Habib Jewels (Habib) menawarkan pili­han rangkaian barangan kemas eksklusif yang mampu dibeli pada harga kompetitif.

Antara yang mendapat tempat di hati pelanggan adalah koleksi emas 916 daripada jenama terbabit iaitu Oro Italia. Rekaan­nya yang halus dan terperinci itu mendapat sentuhan daripada tukang emas di Itali.

Koleksi Oro Italia berasaskan emas tulen sepenuhnya tanpa sebarang batu permata yang memancarkan kilauan, tetapi rekaan ukirannya begitu teliti serta tampak mewah.

Ia dihasilkan dengan rekaan abstrak selari de­ngan cita rasa lebih moden manakala koleksi tempatan masih mengekalkan ciri budaya timur dengan rekaan flora, fauna dan ukiran warisan bangsa.


Koleksi itu menawarkan beberapa pilihan gelang tangan dan rantai tangan dengan corak menawan dan tampak mewah kepada pelanggan yang gemarkan aksesori emas.


Menurut Pengurus Besar Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud, lebih istimewa, harga yang ditawarkan bagi koleksi itu dan semua barangan emas di Habib adalah kompetitif dengan diskaun RM8 bagi setiap gram emas, berbanding harga pasaran.

Katanya, kos pertuka­ngan bagi setiap penghasilan barangan kemas di Habib juga pada tahap kompetitif berbanding penjual barangan kemas lain, demi memberi kepuasan kepada pelanggan.

"Kami mempunyai prinsip dan percaya kepada perkongsian keuntungan bersama pelanggan kerana itu kami boleh menjual emas pada harga yang kompetitif.

"Lagipun sebagai kedai emas yang sudah beroperasi selama 56 tahun dan mempunyai 30 cawangan di seluruh negara, kami membeli emas dalam jumlah yang besar, membolehkan kami memberi harga yang istimewa kepada pelanggan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Mohd Zaruddin, pihaknya mendapati gaya pelaburan terbaru dalam kalangan pembeli emas ketika ini adalah pemilikan barangan emas bernilai 916 kerana wanita tidak mahu hanya menyimpan jongkong emas, sebaliknya mahu memakai pelaburan mereka.

Selain menawarkan barangan kemas bermutu ting­gi, sebagai kedai emas yang beroperasi sejak 1958 lagi, ia menjalankan segala urusan berkaitan pembelian dan penjualan emas, tanpa mengambil kira sama ada barangan kemas milik pelanggan yang mahu dijual mengalami kerosakan kerana paling penting adalah kandungan nilai emas yang ada.

Malah, menurutnya, sejak­ dua minggu lalu, semua cawangan Habib sesak dengan pelanggan yang mahu mendapatkan emas pada harga terbaik, sejurus kejatuhan harga emas di pasaran baru-baru ini.

Pada masa sama, ia turut menawarkan koleksi terbarunya iaitu cincin bertatah berlian yang dijual pada harga RM3,388 seunit untuk mereka yang meminati batu permata atau dihadiahkan kepada ibu tercinta.

Bermula 23 hingga 31 Mei ini juga, Habib akan membuat pameran barangan kemas di cawangan Habib di pusat beli-belah terkenal, Alamanda, bagi memberi­ peluang kepada peminat barangan kemas melihat dan membeli barangan emas diminati.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat