{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Polis buru suspek kain pelekat

Posted: 19 May 2013 11:23 AM PDT

Oleh MOHD. ZUHARMAN
MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

MAZLAN Lazim (tengah) melihat kecederaan Azmi Ismail yang kini stabil di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/ZUHARMAN MOHAMMAD NOR

KOTA BHARU 19 Mei - Polis memburu suspek berkain pelekat yang didakwa menembak seorang tukang rumah ketika bersarapan di sebuah warung di Kemayan, Tawang, Bachok pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia 24 tahun itu turut dikehendaki bagi kes bunuh seorang pesara tentera yang ditembak ketika bersarapan di sebuah warung di Kemasin, Bachok pada 15 Februari lalu.

Beliau berkata, polis memandang serius kedua-dua kes terbabit kerana ia melibatkan nyawa.

"Kita mengesyaki suspek merupakan penjenayah yang sama memandangkan peluru yang digunakan jenis sama dalam kes tembak di Kemasin.

"Sehubungan itu polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang lelaki ini supaya tampil memberi laporan untuk membantu siasatan dan kepada lelaki itu, kita juga minta dia tampil menyerah diri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau sebelum itu melawat Azmi Ismail, 38, yang ditembak di Tawang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan menyampaikan buah tangan kepada isteri mangsa, Sakinah Ismail, 36.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, Azmi ditembak oleh seorang lelaki tidak dikenali yang memakai kain pelekat ketika bersarapan di sebuah warung di Kemayan, Tawang tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, Azmi dari Kampung Pantai Senok, Bachok cedera di belakang pinggang dan paha kanan selepas terkena dua das tembakan.

Dalam kejadian pertama Februari lalu, seorang pesara tentera mati ditembak dan ditetak dua lelaki ketika mangsa sedang menjamu selera di sebuah warung di Kemasin.

Kejadian berlaku pukul 9 pagi ketika mangsa, Sauti Muda, 57, bersama isterinya, Sarina Muda, 40, sedang menikmati nasi bungkus di ruang hadapan warung berhampiran rumah mereka bersama beberapa penduduk.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, buat masa ini polis masih menyiasat motif kejadian namun tidak menolak kemungkinan kes ini berlaku kerana salah sasaran.

"Mangsa sendiri tidak tahu kenapa ditembak dan berdasarkan siasatan awal itu, kita percaya mungkin salah orang ataupun salah sasaran," katanya.

Gaduh di balai Labis bukan perkauman

Posted: 19 May 2013 11:23 AM PDT

JOHOR BAHRU 19 Mei - Penduduk Johor khususnya di Segamat diminta tidak panik dengan insiden serangan yang berlaku di pekarangan Balai Polis Labis semalam kerana pergaduhan itu sebenarnya berpunca daripada salah faham antara dua sahabat baik.

Menurut Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim, serangan yang dilakukan lima lelaki bersenjatakan parang sehingga mencederakan tiga termasuk seorang anggota polis itu tidak mempunyai kaitan dengan perselisihan faham antara kaum atau kumpulan kongsi gelap.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut pihak polis, anggota polis dan rakannya dipercayai telah membuat kacau di kedai salah seorang daripada lima suspek pada pukul 3 pagi dan 10 pagi semalam.

"Kejadian serangan itu merupakan rentetan daripada dua kejadian tersebut. Malah, siasatan juga mendapati anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bakri, Muar itu dahulunya rakan baik kepada salah seorang suspek dan telah berlaku salah faham antara mereka.

"Ini merupakan kes terpencil yang melibatkan perselisihan faham antara anggota polis dan orang awam berhubung masalah peribadi masing-masing dan tiada kaitan dengan ketegangan kaum," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi semalam, dua lelaki termasuk seorang anggota polis cedera parah selepas diserang lima lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun bersenjatakan parang di Balai Polis Labis.

Kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 40-an cedera di beberapa bahagian badan selepas diserang kumpulan berkenaan ketika menaiki sebuah kereta di Jalan Labis-Segamat sebelum berlarutan sehingga ke pekarangan balai polis.

Menurut Ismail, sebelum insiden semalam, anggota polis berkenaan dipercayai sering berselisih faham dengan suspek dan kedua-dua pihak saling membuat laporan polis.

"Sebanyak tiga kertas siasatan dibuka dengan kali pertama pada Disember tahun lalu dan dua pada bulan ini. Ketiga-tiga kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempur dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

"Tindakan mahkamah dan tata tertib akan diambil apabila siasatan selesai. Keadaan keseluruhan adalah terkawal dan sehubungan itu penduduk di Segamat dan Labis diminta tidak panik dengan kejadian tersebut," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat