{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


NUSAJAYA 15 Mei - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pertama bersama sembilan anggota Exco di Bangunan Datuk Jaafar, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Selepas dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman semalam, beliau memulakan mesyuarat tersebut kira-kira pukul 10 pagi dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil.

Mesyuarat berkenaan dihadiri semua sembilan Exco yang dilantik semalam iaitu Md. Jais Sarday, Asiah Md. Ariff, Datuk Ir. Hasni Mohamad, Abdul Mutalip Abd. Rahim, Datuk Abd. Latiff Bandi, Ismail Mohamed, Datuk Zulkurnain Kamisan dan R. Vidyanathan.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong yang pelantikannya menimbulkan kontroversi kerana dikatakan melanggar arahan kepemimpinan MCA yang melarang ahli parti itu menerima semua jawatan dalam kerajaan.

Terdahulu, Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi berkata, kekosongan satu lagi jawatan Exco mungkin tidak diisi wakil MCA seperti lazimnya.

"Ini berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini. Maknanya, dalam keadaan luar biasa kemenangan parti-parti mungkin kita tidak akan ikut kuota.

"Pada masa ini kita sedang mengenal pasti dan memperhalusi semua aspek berkaitan seorang lagi calon Exco terbabit dan dijangka dilantik tidak lama lagi," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Beliau mengulas kekosongan satu lagi jawatan Exco selepas pelantikan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik sebagai anggota Exco baharu semalam.

Satu lagi jawatan Exco yang kosong ialah bagi portfolio Kesihatan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat.

Mengikut tradisi, Johor mempunyai 10 anggota Exco iaitu tujuh ADUN daripada UMNO manakala MCA dua dan MIC seorang.

Mesyuarat Exco pertama Khaled

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

utusanjohor@utusan.com.my

Oleh Maznah Mohd. Arsad

Nelayan Selat Tebrau bantah perhimpunan haram

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Sebahagian daripada nelayan yang berkumpul bagi membantah penganjuran perhimpunan haram di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 15 Mei - Seramai 60 nelayan dari beberapa kampung di daerah ini membantah dan mengecam tindakan pihak penganjur perhimpunan haram yang masih ingin meneruskan rancangan mereka biarpun polis mengesahkan ia tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kumpulan nelayan tersebut hadir ke bandar raya ini dengan menaiki tiga buah bot yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Nelayan Pantai Selat Tebrau, Pandak Ahmad sambil membawa kain rentang Daulat Tuanku dan beberapa sepanduk lain.

Mereka adalah nelayan dari Kampung Sungai Melayu, Kampung Bakar Batu dan penternak kupang di Skudai yang berhimpun mulai pukul 12.45 tengah hari di hadapan Padang Seri Gelam, di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Pandak berkata, sewajarnya tidak perlu lagi kacau ganggu dilakukan di negara ini apatah lagi selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.

Sudah tiba masanya pakatan pembangkang menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka dan janganlah kucar-kacirkan negara ini dengan menganjurkan perhimpunan seperti ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis sudah menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Usahlah diganggu keamanan dan kedamaian negara dan negeri ini," katanya.

Dalam pada itu, mereka turut menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menggesa pihak-pihak tertentu berhenti menyebar fitnah dan hasutan berbaur politik sehingga boleh menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan serta keamanan negara.

Pandak berkata, sememangnya kini tiba masanya untuk semua wakil rakyat bekerja dan menunaikan janji yang dibuat sepanjang kempen itu.

Tidak perlulah untuk buat perkara berhimpun seperti itu. Yang penting sekarang adalah masa untuk bekerja dan bukannya untuk huru-hara," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat